xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: KAWASAN BERHANTU DALAM MALAYSIA ??

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

KAWASAN BERHANTU DALAM MALAYSIA ??

Jika anda pernah menonton seekers..pasti anda teringin nak tahu mana la diorang buat pengambaran pencarian hantu-hantu di seluruh Malaysia nih.Cuma aku terkilan sedikit sebab Seekers Malaysia tak se'best' Ghost hunters dari barat.Alat mereka pun canggih-canggih dan diorang memang otak gile-giler punya nak cari hantu tuh...

Mungkin pada masa akan datang kita boleh dapat 'shoot' gambar macam mereka jugak.
Tapi bila tuh tak tahu la plak ye...heheheh.....


LOKASI YANG DIKATAKAN KERAS DAN BERHANTU............


1.Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur


Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Fenomena pelik yang pernah diceritakan disitu adalah terlihat kanak-kanak perempuan memandang sekumpulan pelajar yang lalu di hadapan bangunan yang runtuh dan mendengar suara-suara yang menjerit meminta tolong sayup-sayup.


2.Institut Victoria, Kuala Lumpur











Sekolah ini juga popular dengan panggilan V.I. ataupun nama Melayunya Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Sekolah ini mula dibina pada 1893 dan siap dibuka untuk pembelajaran pada 1894. Sekolah ini mendapat namanya sempena perayaan Jubli Emas Ratu Victoria. Bukan Victoria Beckham, tau? Namun tapak V.I. sekarang ini bukanlah tapak asal sekolah tersebut. Sekolah ini telah dipindahkan dari Jalan Bandar ke Jalan Hang Tuah, berdekatan tapak perkuburan Cina pada Mac 1929. Inilah yang membuatkan sekolah tersebut didakwa sebagai kawasan berhantu. Ada pula mendakwa bahawa V.I. pernah dijadikan sebagai markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Para penuntut di situ mendakwa mereka terdengar bunyi seretan rantai, bunyi derap kaki askar berkawad, raungan yang menakutkan serta kadang-kala ternampak bayangan orang digantung di pokok sekolah tersebut.



3.LEBUHRAYA KARAK











Ia dikenali juga sebagai Karak expressway E8 dan dibina sepanjang 60 kilometer menyambungkan Kuala Lumpur dan Bandar karak, Pahang. Tak lama dulu lebuhraya Karak ini memang banyak meragut nyawa. Paling dahsyat ialah kemalangan membabitkan trak FRU sehingga diabadikan dalam lagu Pusara Di Lebuhraya oleh kumpulan Ekamatra. beberapa pemandu yang pernah melalui kawasan tersebut mendakwa ternampak seseorang di tengah-tengah lebuhraya atau kereta Volkswagen yang menentang arus jalan dan cuba melanggari mereka.Juga kadang-kadang volkwagen itu akan membawa kereta dengan perlahan dan menghalang pemandu lain hilang sabar dan cuba memotong.Jika anda memotong kereta Volkwagen itu,masuk gaunglah jawabnya.Adalah dinasihatkan agar anda tidak melalui kawasan ini pada waktu malam.