xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: MENUMPANG DI RUMAH KAWAN

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

MENUMPANG DI RUMAH KAWAN

Pada kisah kali ini..aku teringat pada ketika aku sedang melepak dengan kawan-kawan selepas peulang dari kerja.Cerita yang rancak dan gelak ketawa mengiringi detik jam.tanpa sedar kami telah terlepas waktu dinihari dan jam telah memasuki pukul 2.00 pagi.Takut tidak dapat bangun pada esok hari untuk menjenguk kerja yang menanti...kami terus membayar makanan masing-masing dan beredar dari kedai mamak.Rakanku megesyorkan aku aku menumpang di rumahnya memandang malam yang terlalu lewat.lagipun rakan aku tu masih ingin berborak denganku.Aku jadi pelik pulak?tak cukup2 lagi ke berbual-bual sampai mengundang ke rumah.Korek punya korek rupanya kawanku ini tinggal seorang.Semua rakan yang lain telah balik ke kampung ( kerana rakanku ini student dan hanya buat keje part time sahaja).Aku kesian plak kat dia dan bersetuju sahaja.Lagipun aku masuk kerja dalam pukul 11.00 pagi.Masih ada masa nak balik rumah dan bersiap.Kawanku membawa aku masuk ke biliknya......




Bilik rakanku ini mempunyai ruang yang terhad tetapi cukuplah untuk memuatkan 3 katil double decker dan mempunyai bilik air sendiri.aku pun ditunjukkan oleh rakanku katil untuk beristirehat.sememangnya dia pun dah penat dah melepak dari tadi.Kasihan dia..sebab aku yang mengajaknya bersama-sama melepak.kalau tak..mesti dia dah enak dibuai mimpi indah.hahaha..

Aku pun terasa letih lalu berbaring dikatil.mataku melilau melihat keadaan sekeliling bilik tu.Diatas kepalaku ( bertentang dan sebaris dengan katil atas)..terpasang sejenis kipas meja tetapi yang jenis melekat di dinding dan tengah berpusing dengan ligatnya.Ku amati kipas tu..pusingan nombor 3..mak aii..patutlah laju gile..aku terus menarik talinya dan memperlahankannya ke tombol 1...tak tahan la pagi-pagi terasa seram sejuk pulak.rakanku tadi telah masuk ke bilik air seketika untuk gosok gigi dan terus menutup lampu bilik sebelum sempat aku berkata apa-apa.hanya yang ku dengar keluhannya yang terlalu letih dan mengantuk.Sempat juga di mengucapkan "goodnight" kat aku..

Aku masih baring dan memandang katil atas.Tiba-tiba persasaan yang biasa muncul...rasa gelisah dan kurang tenteram.Aku memusingkan badanku,mengesot sehingga ke hujung katil rapat ke dinding.Sebuah bantal lagi kupeluk dengan erat....

malam terasa semakin sejuk..tubuhku mengeletar.Aku mencari selimut didalam kegelapan.terasa ada sesuatu yang lembut dan ku tarik perlahan-lahan.Memangku dapat menariknya dengan lembut agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi..tetapi aku terlupa aku tenganh berbaring di tingkat bawah katil...

"kukkk" berbunyi keras kerana dahi aku terhantuk kat palang katil.oh...berbintang-bintang rasanya...betullah kalau kita lihat cerita kartun...kalau dia kena ketuk..keluar benjol kat kepala siap dengan ada bintang-bintang lagi..sebab aku real nampak bintang terkelip-kelip........adui...

aku gosok-gosok dahi aku yang terasa sakit.Kuat tu terhantuknya...kalau tak..takkan la aku boleh nampak bintang bersinar di malam yang gelap tu..Aku masih lagi mengerang sakit.Kawanku tak sedar pun..sah dia dah tidur mati dah...

Aku cuba pejamkan mata..tapi sekali lagi aku terasa sesuatu yang aneh...bilik menjadi semakin sejuk bagaikan pasang aircond number 16 darjah celcius.sejuknya sampai ke tulang...Aku terasa hairan tetapi aku lebih memikirkan kesakitan akibat terhantuk tadi...aku masih lagi tidak dapat melelapkan mataku.Semakin sejuk kurasakan semakin gelisah ku rasakan,...aku cuba memanggil rakanku..tetapi tiada response..aku mengigil...

Pada ketika jaga dan mula mahu terlena..aku terasa kipas berpusing laju dan luar biasa.selalunya pada keadaan yang sunyi kita dapat mendengar bunyi pusingan kipas kerana geserannya jika ia ada karat.Bunyi itu bagaikan memenuhi ruang dalam bilik.Pada mula kawanku yang memetik suiz dan kipas mula berpusing..bunyinya kurasakan biasa sahaja tetapi pada ketika ini bunyinya menjadi kuat pulak dan laju..dan seingat aku...aku yang memperlahankannya untuk mengurangkan kesejukkan seketika tadi...tetapi....arghh...aku tak mahu memikirkannya....

Aku terasa terganggu dengan desiran kipas itu.hatiku mula cemas dan berpeluh dingin.Aku memaksa diriku tidur juga kerana aku dapat rasakan "sesuatu" yang aku tidak gemari bagaikan memerhatikan aku..aku menyelimutkan diri aku sepenuhnya dan bernafas payah.Bagaikan ssesak nafas ini menahan daripada mendengar,merasa,melihat sesuatu yang tak ingin dilihat...

akhirnya......aku terasa penat sendiri dan mula dibuai mimpi...tiba-tiba aku terasa ada sesuatu sedang memelukku dengan eratnya..aku tak dapat bergerak..dan tercungap-cungap...meronta aku untuk melepaskan dakapan kuat itu....

Benda yang dari mana datangnya itu terus menerus memelukku sehinggakan aku sesak nafas dan mengeluarkan bunyi di tepi telingaku -- amat menakutkanku.Kalau tak silap aku..bunyi yang dikeluar sama dengan bunyi hantu di dalam cerita JU ON.Ketakutan aku makin mencengkam dan cuba sedaya melompat dari katil.Akhirnya aku dapat juga melepaskan diri dan sekali lagi kepalaku terhantuk di tempat yang sama..di dahi..dan berbintang kembali dan oleh kerana sakit..dan teramat pening sebab dah 2 kali terhantuk..aku telah pengsan pada malam itu...

Pagi esoknya rakanku baru sedar dan segera mengejutkan aku yang berbaring di lantai bilik.Melihatku tidak sedarkan diri..rakanku segera mengambil air dan sapu tangan lalu dicelupkannya di dalam air dan mengelap mukaku....rakanku terkejut melihat darah bertompok di lantai dan darah kering masih melekat di dahiku,..dan rakanku itu panik seketika dan aku mula tersedar...

Rakanku bertubi-tubi bertanyakan soalan padaku kenapa dahiku berdarah dan mengapa aku tidur di lantai bilik.Aku yang masih pening dan sakit kepala tidak dapat mendengar tutur katanya dengan jelas...rakanku itu segera mengambil first kit ( memang dia ada menyimpan first kit untuk kegunaan sendiri) dan membersihkan luka di dahiku...

Aku mula dapat fokus dan bangun perlahan-lahan untuk membersihkan muka dan menggosok gigiku agar terasa segar.Setelah keluar dari bilik air..rakanku ini telah membuatkan teh panas untukku...Dia memapahku di kerusi,Aku masih terasa sakit berdenyut-denyut....

Setelah melihatku semakin okay..rakanku ini mula bertanyakan apakah yang berlaku semasa dia tidur..dan aku mula menjelaskan padanya satu persatu dan dia mendengarnya dengan penuh minat dan mulai terasa seram.......dan air mukanya mulai berubah kecut......

Rakanku mulakan bicaranya dengan menyatakan bahawa dia juga pernah diganggu dengan gangguan aneh seperti orang membuka pintu bilik,bunyi barangan jatuh dan juga beralih.Pada mulanya dia terfikir mungkin itu perbuatan rakan sebilik yang sengaja membuat bising dari bilik sebelah.Tetapi sejak dua tiga hari yang lalu...apabila terdengar juga perkara-perkara dan bunyi yang pelik-pelik..rakanku sedar bahawa ada sesuatu yang tak kena.Sebab itulah beria-ia dia mengajakku tidur di biliknya dengan harapan supaya dia tidak terasa seram seorang diri di dalam rumah banglo dua tingkat itu.Tambahnya lagi...dia sering cepat-cepat masuk ke biliknya dan menunggu seorang lagi rakannya ( sama bilik dengannya dan bekerja sambilan ) pulang dahulu sebelum dia juga pulang kerumah.Tetapi malam tadi rakannya tidak pulang kerana pergi melawat rumah kakaknya di Cheras.Rakanku tiada pilihan lain dan terpaksa pula pulang lewat malam itu kerana kerja malam.Jika tidak sudah pasti dia akan ikut sekali rakan tadi pergi ke Cheras kerana takut....

Aku mendengar dengan teliti setiap butir katanya.Aku memejamkan mata seketika dan mula mengingati kembali peristiwa malam tadi...Rakanku hanya terdiam dan fikirannya juga menerawang mengingati sesuatu...


BAYANGAN DAN LEMBAGA HITAM

Aku membuka mata apabila rakanku tadi menyentuh bahuku dan mengejutkan aku.Mukanya berkerut-kerut memandangku bagai ada seribu persoalan hendak di hujankan kepadaku kerana kelakuan anehku tadi...

Aku mula bangun dan meminta diri untuk mandi.Rakanku meminjamkan tualanya yang belum digunakan dan sehelai baju serta seluarnya kepadaku untuk bersalin pakaian.baru ku sedar..aku masih memakai uniform lagi sejak malam tadi.Setelah aku mandi...dan berhati-hati membasuh mukaku ( kerana ada luka di dahiku...) aku meminta rakanku tadi menemaniku ke klinik.

Di klinik...doktor memberiku M.C untuk hari itu kerana dahiku mulai membengkak.aku sengaja berkata pening kepala dan tak dapat melihat dengan jelas -- sebab sakit ( untuk dapatkan M.C ) .Sememangnya memanglah teramat sakit dahi aku nie tak boleh nak cakap...tapi kalau depan doktor tu kena la berlakon lebih-lebih sikit supaya M.C tu sure dapat..hehehe....

Huh..memang aku mendapat sangatlah M.C pada hari tu dan sekali dapat 3 hari...sebabnya..dahi aku ni kena jahit pulak..adui...aku memang takut sangat-sangat dengan jahit-jahit nie.Sedaya upaya aku cuba mengelakkan diri aku dari menjadi tatapan doktor itu kerana Aku sangat - sangat tak sanggup...

Aku merayu pada doktor agar menampal sahaja luka itu agar boleh cepat sembuh.Doktor itu bagaimana pun bagai tahu aje aku ni penakut dan tersenyum nakal.Aku tiada pilihan....Nak pitam jugalah aku rasa di saat jarum menusuk ke kulit.Walaupun di spray bius pun ..aku masih dapat rasakan kesakitan.Air mataku mengalir deras..hoo..baru aku tahu betapa sakitnya kena jahit...atau sebenarnya itu hanya perasaan aku sahaja yang asyik memikirkan kesakitan....

setelah selesai..aku dipaph rakanku keluar dari klinik.Mukaku pucat lesi dan aku hanya terasa bagai nak baring sahaja.Mujur rakanku ini boleh memandu dan dia memandu keretaku pulang ke rumah sewaku....

Aku masuk ke bilikku ditemani rakanku tadi.Bila rakanku ingin memulakan langkah..aku memegang tangannya dan rakanku menoleh.Sangkanya aku ingin meminta pertolongan.Aku berkata kepadanya

"kau taknak tahu ke apa yang ada dirumah kau ketika ini?'' soalku..

Rakanku tersentak dan tidak jadi melangkah..dia duduk kembali di tepi katilku sambil memandang tajam kepadaku.

"kau jangan cuba takutkan aku..egypt.."katanya dengan nada sedikit keras.

" aku bukan ingin menakutkan kamu..tetapi aku ingin kau mendengar dahulu ceritaku ini dan buat penilaianmu sejujurnya...Aku bukan bomoh atau ahli nujum dan kau berhak menyatakan aku hanya mereka cerita atau apapun selepas kataku ini..." soalku dengan nada ragu-ragu.

" okay...aku hanya mendengar sahaja.tetapi benar atau tidak ceritamu aku tidak dapat pastikan kerana aku bukan tinggal lama disitu dan hanya 5 bulan.." kawanku menambah.

Aku mula memejamkan mataku.Terasa denyutan di dahiku melarikan fokusku.Aku cuba merasai saat di rumah rakanku....Aku membuka mataku dan memandang tepat ke dalam anak matanya...

"apa yang kau nampak egypt??"soal rakanku dengan syak.

" aku ternampak bilik kamu itu adalah bilk kosong dengan barangan lama.katil itu bukan kamu yang punya dan di dalam bilik itu ada meja disudut kiri dan kanan.Rasanya mungkin pelajar semester yangs sebelumnya duduk disitu kerana aku rasa hanya ada satu katil double decker sahaja di dalam bilik itu.Perempuan yang tinggal di dalam bilik itu sebelum ini ada masalah dengan hal-hal mistik ini.Dia telah meninggalkan sesuatu di dalam rumah itu.Sesuatu itu bukan kepunyaan nya tetapi ku rasakan benda itu suka berada disitu kerana semua di dalam rumah itu penghuninya wanita....tetapi tempat dia beradu adalah bilikmu..

" Bagaimanakah bentuknya.."soal rakanku....

Aku mula memejamkan kembali mataku...terasa bulu romaku meremang.Aku membuka mataku sambil memandang ke dinding.Rakanku masih membisu..menunggu aku membuka kata.

"ku rasakan benda itu besar dan tangannya berbulu...

Rakanku itu terdiam.Ku fikir dia cuba mengtafsirkan apa yang telah ku jelaskan padanya.Akhirnya dia mengangguk faham dan mengiyakan kataku.Jelasnya....pada bulan pertama dia duduk di dalam bilik itu dan mengulangkaji pelajaran...kadang kala dia merasakan ada sesuatu yang melintas di belakangnya.Kadang-kala seolah dia tersa diri diperhatikan.Sebab itu dia selalu mendengar bacaan Al-Quran melalui radio yang sengaja dipasang sepanjang masa bagi mengelakkan keadaan menjadi sunyi dan suram.Persoalan yang timbul di benaknya..Bagaimana aku dapat merasainya dengan pantas?

Aku tersenyum penuh makna....