xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: 1/08/10 - 1/09/10

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

KUCING HITAM DI MUKA PINTU

a

video diatas adalah kucing jiranku yangdipanggil mimi dan tiada kena mengena dengan cerita seram ini.....hehehehe..





Kisah kali ini adalah berkenaan dengan kucing.Aku pasti ramai antara pembaca yang menyukai kucing sepertiku.Aku obses dengan kucing kerana ia haiwan yang manja dan penyayang.Ada juga kucing yang nakal dan berpura-pura baik didepan kita...sebab itulah ada peribahasa mengatakan " alim Kucing".Maksudnya berpura-pura baik ..kalau korang semua nak kenal kucing yang pura-pura biak nie senang aje...pandang mata kucing tu..kalau mata dia terkelio-kelip macam nak mengorat kita..haa...tu adalah maksudnya..nak curi ikan atau nak mintak makanan ....


Kisah kucing wujud tak diketahui pulak aku kecuali yang aku tahu kucing adalah sahabat nabi.Walaupun ada ketika kita naik menyampah jika kita pergi ke warung tetiba ada pulak seekor...dua ekor kucing mengeselkan badannya ke kaki kita dan buat muka kesian nak ikan..kita ni yang pemurah bagilah kucing tu makan....hahaha...baiknya hati..tapi ada jugak rasa nak marahkan? kalau kucing tu memilih pulak....taknak makan itu...taknak makan ini...Pengalaman aku aku pernah kena cakar dengan kucing betina nih sampai terbenam kukunya di kulit tangan aku dan darah mengalir bercucuran...uhh...terasa pedih sangat dan aku terperanjat sangat dia cakar aku macam wolfrine......

Tapi aku tak salahkan kucing tu sebab bagiku kucing tu lapar kot.Takperlah...bukan tak boleh baik pun luka aku nih....tapi bagaimana ada manusia yang kejam macam video dibawah ini





kejammnya manusia itu..tapi walaupun ianya hanyalah seekor kucing..jiwanya tetap tabah..kita bolehkah setabah itu...





KUCING HITAM DI MUKA PINTU



Kisah kucing memang boleh membuatkan kita marah ,sayang dan terharu tetapi jika menyeramkan...bagaimana pula ??

Kucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa.kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kakak ku berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan mengzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata...yang selama ini tidak pernah aku duga...

Selalunya keluarga kami amat sukakan kucing dan pernah membela seekor kucing jantan yang yang dinamakan "untung".Kucing kami ini sombong sikit dan tidak berapa gemar bermanja-manja tetapi jika ia pulang atau pergi keluar rumah...ia pasti akan mengiaw seakan membertahu bahwa ia hendak keluar atau meberikan salam bila balik ke rumah...

Kakak ketiga aku sudah berkahwin dan berpindah ke bangi dan menetap disana.Di kawasan kejiranan flat yang dihuni dalam keadaan bertingkat-tingkat..selalunya penghuni hanya membela haiwan perliharaan di dalam rumah sahaja dan jarang dibiarkan bebas merayau di koridor agar kucing tidak membuang kotoran atau kencing merata-rata....

Bila dibela di dalam rumah kucing selalu akan manja sangat dan kadang-kadang takut dengan dunia luar..tetapi sekali kita ajar dia keluar..hari-hari macam ' KUCING KEPANASAN' sebab ada ramai "awek" kat luar....mana best duduk dalam rumah....macam orang jugak....hahahaha..

Suami kakak aku pun ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpe di bawah tangga rumah..Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik atas dasar kasihan.Kebetulan kakak aku tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu abang ipar aku pikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan..

Pada mulanya kucing yang dinamakan " tam " itu okay sahaja...manja,pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk.Tam hanya berbaing di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang ipar aku.Abang ipar aku pun amat senang dengan sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.

apabila sampai waktu malam waktu kakakku masuk ke bilik..pasti kakak aku akan melihat tam sudah tidur di tempatnya.Bila tam ada di ruang tamu..kakak aku pun masuklah tidur macam biasa.Kadang-kadang kakak ku cerita ada malam-malam yang tetentu kedengaran bunyi seakan bising dan pinggan berlaga didapur.Bila kakak aku bangun dan menjengah ke ruangan dapur...tiada apa-apa yang bergrak atau terjatuh.Kakak aku terus menuju kebilik setelah pasti tiada apa yang terjadi.Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumahnya..

Semasa melintas di ruang tamu..kakakku terpandang kelibat kucing hitam seakan tam berlari pantas ke dapur..kakak aku menoleh tetapi melihat tam tidur di tempatnya..Sangkaan kakakku..matanya mengantuk..jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur.....

Masa berlalu kakakku telah terlupa tentang kejadian itu.Pada suatu malam..abang iparku bali lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu.Jadi mungkin hanaya esok pagi sahaja abang iparku pulang,Kakak ku seperti biasa..pada malam jam 8.30..kakakku menonton televisyen serta menyiapkan makan malam.Sambil memasak didapur..suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kakakku itu pintunya tebal dan kedap bunyi..dan jika radio terpasang kuat pun..hanya berkumandang di dalam rumah sahaja..dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah...kakakku sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kakakku merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu....Apabila ada bunyi-bunyian di dalam rumah kakakku tidak terasa sunyi dan seram...

Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang memeaparkan gambar yang bergerak-gerak.kakakku tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi.Kakakku terpandang sekilas dan segera mencari arah kucing ( yng disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianaya dilihat.Kakakku tersangat haitan kerana Tam masih ditempatnye..khusyuk melihat tv.Hati kakakku tak sedap dan segera menyudahkan kerja di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton.Kakakku melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kakakku.Kakakku bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya...

Tiba-tiba..terpaku dan mengigil kakakku melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenung kakakku dengan tajam.Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kakakku.Kakakku masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut.Bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumah sednagkan kakakku telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???

Kakakku teus beristigfar..dan cuba bertenang.Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya..Segenap kekuatan kakakku cuba melawan cara halus...

kakakku membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup...semakin kakakku membaca dengan kuat...kucing itu bagai melangkah kedepan..menghampiri kakakku yang kecemasan...

Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kakakku cuba sedaya upaya menghabiskan bacaannya dan mengulanginya beberapa kali..Sambil itu kakakku cuab menghalau kucing misteri itu

" aku tak kenal kau...buat apa kau datang sini..." kata kakakku..
" baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau.." sambung kakakku lagi yang telah mula berani..

kakakku segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa.Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.

Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah.Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam.Sekali lagi kakakku terpaku kerana amat panjang dan luar biasa taringnya.kakakku telah pasti itu bukan kucing biasa...dan jelmaan daripada makhluk halus..Kakakku terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.

Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja..Kakakku yang pucat lesi kerana amat terkejut kucing itu tiba-tiba melompat keluar terus terduduk dan mengucap beberapa kali..
Read More...

ATAP RUMAH DIBALING BATU

ATAP RUMAH DIBALING BATU






Pada umurku dalam lingkungan 10 tahun..kami berpindah disebuah kampung yang kecil bilangannya dan dinamakan bukit Badak.Suasana kampung ini aman..damai dan penuh dengan hijauan pokok hutan.pada ketika kami sekerluarga menyewa di kawsan itu..Kawasan belakang rumah kami itu ada kawasan perkuburan tetapi kawasan kubur itu terletak diatas bukit.Bila diatas bukit tu..maka tidaklah kelihatan batu-batu nesan terpacak kerana dihalang oleh hutan kecil dan dibelakang rumah.

Kawasan rumah aku ingin digambarkan begini..deretan 5 rumah batu sebaris memanjang ke belakang.Simple..tapi amat luas didalamnya..ada 3 bilik dan satu bilik air.tuan rumah duduk dirumah yang pertama atau hadapan sekali dan mengadap jalanraya...dan rumah kami yag kedua.Di halaman rumahku pula tuan rumahku membina gelanggang badminton untuk anak-anaknya bermain.Rumah orang dulu-dulu halamannya luas...

Tuan rumah kami berpesan agar tidak menanam pokok di atas tanah kerana tanahnya terdiri daripada tanah liat.Aku masa kecil mana hairan semua tu..tanah liat lagilah aku suka sebab aku boleh buat mainan..aku koreklah tanah sisitu dan mencurahkan air..ternyata memang airnya tidak surut dengan segera.....jika ditanam pokok bunga,tentu pokok aku akan mati lemas...

Semasa aku mendiami kawasan itu..aku terasa seperti duduk di kawasan hutan pun ada kerana kawasan lingkuan rumah kami dipenuhi dengan dedaun dan rimbunan pohon hutan yang lebat dan tebal.Di belakang penghujung rumah sewa lagilah tebal sehingga aku terfikir kami takkan dapat tembusi kawasan itu yang dikelilingi bukit...




































































































Read More...