xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: NYAWAKU , NYAWAMU JUA...

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

NYAWAKU , NYAWAMU JUA...

malam ini sangat hening dan sedikit sejuk sama seperti dua hari lepas...aku ingin membuka lembaran kisah baru dan episode baru pada malam ini.Dengan segala ingatan yang aku cuba imbas..aku mula menaip perenggan demi perenggan dengan teliti untuk pembaca agar dapat menyelami kisahku...

Aku ingin memulakan mukadimah dengan tajuk " NYAWAKU , NYAWAMU JUA "

Aku hanya bagi surprise sikit aje ye...takde sesiapa yang terkorban dalam ceritaku ini..hehehe..
cuma hanya boleh memberikan pengajaran bagi yang boleh berfikir.....



SENTIASA MEMERLUKAN TEMAN
Dalam hidup ini tak semestinya kita boleh melalui segalanya.Kadang-kadang kita diuji dengan dugaan yang menduga akal dan iman.Jikka kita tersilap langkah...kita mungkin boleh kehilangan jati diri,kepercayaan kepada pegangan yang kita asuh dari kecil dan juga mula memikirkan cara untuk bangkit kembali....itu tidak termasuk cara kasar atau cara halus...

Kita selalu melihat apabila seseorang dilanda masalah..dia mula menyalahkan takdir,orang sana,orang sini yang menjadi penyebab keadaan itu.Tetapi benarkah segala yang terjadi itu disebabkan orang lain?

KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI....

Seperti aku sendiri,pada waktu dahulu aku sering menyalahkan orang sekelilingku kerana aku tidak dapat menunaikan permintaan hati ini.Aku sering kecewa di dalam kerjayaku...dan sekaligus membuatkan aku hilang keyakinan.Sudah puas aku memujuk hatiku untuk memaafkan orang disekelilingku yang mencaci dan memfitnah aku tetapi dalam masa yang sama aku menyimpan dendam kesumat.Aku rasa aku tidak dilayan dengan adil oleh manager tempatku bekerja.Apa dosa aku padanya sehingga dia tidak melayan aku seperti orang lain??

Aku tak pandai bodek..aku tak bercakap selancar ahli politik yang membahaskan hujah-hujah bernas,aku hanya "somebody" yang ingin bekerja kerana komitmen.Aku hanya ingin menambah pendapatan dari hasil kerja kerasku setiap hari.Makan ??? aku hanya mengharapkan makan di tempat kerjaku.Apa dosa aku jika aku hanya membantah sekali permintaan mereka?aku demam dan dapat M.C ..mereka menuduh aku beli M.C tu...kejammnya.....

Aku ingat lagi manager aku dengan sinis menuduhku sengaja lewat datang kerja kerana aku memberikan alasan aku accident motor kerana aku terlanggar bumper kereta yang tiba-tiba brek mengejut dihadapanku.Aku membelok mengelak tetapi didepanku ada kereta " storm" dan aku tergolek.Pecah maguard motor aku dan baju kerjaku koyak sedikit kat bahu....

Aku sedaya upaya bangun dan pergi kerja dan terlewat 20 minit.Aku bersungguh mengatakan aku terjatuh tetapi digelakkannya aku,...sedih aku....dan aku masih bersabar...

Kebenaran dan keadilan yang ku harapkan amat sukar dilihat oleh orang sekelilingku...


KEHILANGAN ARAH DAN TUJUAN HIDUP SEBAGAI MAKHLUK ALLAH S.W.T..

Aku mula hilang fokus dalam kerjaku dan sering murung di tempat kerja.Kadang-kadang aku jadi seorang pemarah.Aku hanya memikirkan tentang diriku dan perasaanku sehingga mengabaikan perasaan orang lain disekelilingku.Aku pulang ke hostel dan menyendiri selalu..Aku rasa sangat benci pada diriku kerana gagal mengawal emosi...

Aku selalu turun ke bawah ( hostelku tingkat 4) dan melepak sorang-sorang di kawsan rehat di bandar klang.Aku duduk disitu sehingga 3 jam lamanya.Jika jam menghampiri jam 12 tengah malan...aku akan beransur naik ke hostel dan duduk di beranda hostel pula.Rakan-rakan lain ada yang menyedari sikapku yang dingin dan sangat kurang bercakap dengan mereka.Tetapi aku bagai dapat mengagak dan segera hindarkan diri sebelum sempat mereka menegurku...


Aku juga sering mengelamun dan mengeluh panjang setiap kali aku rasa gelisah mengcengkam jiwa.Aku tak pasti mengapa aku ingin merasa gelisah tetapi aku melayani fikiranku dengan memikirkan alam.Aku redakan gelodak jiwa dengan membaca.'Jika semua buku di dalam hostel tu habis ku baca,aku hanya tidur sepanjang waktu cuti ku yang terluang.....aku habiskan dengan harapan di dalam mimpiku aku dapat merealisasikan segala impian dan mengubat kekecewaan di dalam diri.Aku tak pernah menyesal..tetapi aku terasa seakan "give up" sedikit.Aku cuba memulihkan semangatku apabila di suatu malam aku melepak di sudut meja sebuah restoren,aku terdengar syarahan agama di kaca tv.Aku amat tertarik dengan hujah yang disampaikan oleh ustaz itu.Katanya didalam hidup ini banyak cabaran dan ujian yang dilalui oleh setiap manusia dimuka bumi ini.hanya minda yang kuat dan percaya kepada Allah S.W.T sahaja yang dapat menghindarkan diri kita dari memikirkan yang tidak baik.Hanya kita sahaja yang tidak dapat melihat dari sisi yang lain apakah kebaikan yang akan datang..akibat daripada kejadian itu...

Aku terfikir sejenak dan menyiya kebenaran itu.....

NYAWAKU ...NYAMUMU ???

Aku meneruskan perjalanan pulang setelah selesai siaran agama itu.Hatiku berkobar-kobar dan rasa bersemangat sedikit.Sambil wajah yang tersenyum senang hati..aku mengatur langkah menuju ke hostel.Aku melalui tempat kerja dan melihat sama ada mereka ( rakan sekerja ) sudah habiskan tugas mereka atau belum.Lampu restoren masih terpasang..bererti mereka masih lagi didalam...Aku duduk di seberang jalan sambil memerhatikan kawasan sekeliling.Aku memakai hoodies biruku...dan kalau-kalau aku rasa tak best..aku selalunya akan sarungkan kepalaku dengannya agar tidak kelihatan identitiku..takut juga jika ada orang yang tidak dikenali mendekati.Aku mengambil langkah berjaga dan berwaspada selalu walaupun ada ramai orang lalu lalang di hadapanku...

Sedang aku menunggu..tiba-tiba aku terasa sesak nafas dan jantung berdegup dengan laju.Aku menjadi hairan dan tertanya.."deria keenam" aku telah menangkap sesuatu yang tidak enak akan mendekatiku..Aku cuba mengawal perasaanku dan menarik nafas menenangkan diri.Tiba-tiba aku terpandang di suatu sudut.Aku terlihat seakan sesuatu sedang memerhatikanku...peluh dingin mula mengalir di dahi.Aku tidak berani memandang tepat tetapi tekanannya amat terasa walaupun jauh.....

Aku membaca surah Ayatul Kursi untuk meredakan hatiku.Aku cuba memberanikan diri memadang sudut tepi dinding seberang jalan.Ku bulatkan anak mataku..dan kulihat tiada apa-apa.Nafasku terasa lega seketika....tetapi malangnya hanya beberapa detik sahaja aku dapat menikmatinya tatkala ku rasakan tekanan muncul kembali....Aku membaca dengan pantas dan mengulangi bacaan kursi tadi sehingga yakin.Aku tidak dapat melawan perasaan itu...Aku bingkas bangun dan mula untuk menyeberangi jalan menuju restoren ( lampunya masih terang).

Aku menyandar di dinding kaca...Aku tidak pasti dari mana datangnya 'BENDA" tu...aku cepat-cepat memendekkan memori itu sampai disitu sahaja....aku menyandar di dinding kaca restoren.Terasa bahang sejuk aircond melintasi kulitku.Mataku melilau memandang kiri kanan tetapi gelodaak hati sudah berkurangan sedikit.Mungkin kerana aku berada di tempat yang terang dan kurasakan selamat.Aku mengambil telefon sambil menekan buttonnya.Aku memilih untuk bermain games di dalam telefonku sementara menunggu rakanku keluar..Aku terasa bulu roma meremang kembali.Aku fokuskan perhatian pada games tetapi hatiku tak enak dan aku asyik kalah je.Aku memandang tepat-tepat ke telefonku dengan harapan mataku,jiwaku sepenuhnya tertumpu disitu.