xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: 1/05/11 - 1/06/11

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

BAYANGAN HITAM MENGIKUTIKU KEMANA SAHAJA...


kisah malam tadi cubaku lupakan buat seketika apabila aku mendapat panggilan telefon dari rumahku.Rupanya mak menyuruhku balik dengan segera dan katanya ada khabar yang penting..Tak senang kerja dan duduk aku apabila mendengar bicara itu.Sesungguhnya mak aku nie suka sangat beri keyword-keyword suspens..padahal suruh balik makan je.hmm...
Aku punch out dan terus mengambil tiket bas.alamak..aku dah la punch out pukul 6.oo
petang..tunggu bas lagi sampai maghriblah gamaknya ( pada tahun 1999 - 2001 aku belum mempunyai kereta atau motor lagi...)

Aku menunggu dekat bas stop klang ( ketika itu masih ramai yang naik pengangkutan awam).hiruk piruk dan bau asap menusuk hidungku..ku ambil tisu dan ku lap wajahku yang mula berpeluh sebab berjalan jauh.Ambooii..abis hitam tisu tu apabila aku mengesat mukaku.sah la asap bas yang pekat berjaya menyelaputi ku
kulitku yang tak berapa cerah ni...

Bas aku telah sampai dengan perlahan.Aku dengan wajah kesal bingkas bangun dan mencari tempat duduk untuk diri sendiri.Ku pilih bahagian belakang kerana aku malas untuk berasak-asak dengan penumpang lain..denga permandangan keluar tingkap di sebalik cahaya matahari yang mula terbenam...aku berkhayal seketika memandang keluar.Di kotak fikiranku ini terasa sangsi..kerana aku mendengar mak menyebut "tukwan" ada dirumah...

Read More...