xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: TANGAN DIHULUR TIDAK DISAMBUT??

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

TANGAN DIHULUR TIDAK DISAMBUT??

Kalau dibandingkan dengan kerjaya sekarang dan dahulu...ku rasakan kerjaya yang lama amat banyak meninggalkan memori dan pengajaran yang banyak padaku.Dari situlah aku belajar erti hidup,hormati orang,kerjasama dan yang pastinya...dari usaha sendiri...aku mencari rezeki yang halal.Mungkin sesetengah orang berpendapat..apa class keje macam tu..krew restoren makanan segera??Malulah nak lap-lap meja atau buat burger ke...tapi bagi aku..itulah pengalaman yang terbaik....

Aku bermula dari bawah..maksudku dari krew..jadi aku diarahkan untuk melakukan segalanya dengan "bersih".kebersihan amatlah penting sekali dalam kerjaya ini.Aku pada mulanya terasa payah kerana semuanya harus dipastikan dari meja hingga ke lantai hingga ke celah-celah dinding pun kena periksa...huu...penatnye tak perlulah aku ungkapkan...memang meletihkan.lagi-lagi jikalau kita kena sental berulang kali....


MENGHORMATI HAK PRIVASI ORANG LAIN


Aku belajar menghormati orang dari kecil lagi..tetapi hormat yang diterapkan oleh mak dan guru sekolah hanyalah bersifat umum bagiku.Konteks hormat itu sebenarnya datang dari diri sendiri.Aku pernah hilang rasa hormat kepada sesetengah individu yang hanya mementing status,kepentingan diri dan kedudukan.Tapi siapa yang mahu menilai adakah rasa hormat ini bernilai dimata mereka???akhirnya...aku sedar sendiri..dan sedar diri....


HORMAT PADA DIRI SENDIRI..

Kita sering mendengar penceramah bebas,mentor serta fasilitator sering memberikan panduan dan nasihat juga gaya seorang yang berjaya.sejarah sebelum berjaya dan selepas berjaya menjadi sumber inspirasi insan muda yang mengejar kejayaan.Tetapi aku akui bukan semuanya indah.Kita hanya boleh mengambil iktibar dari cerita orang lain..mengapa kita tidak mengambil iktibar dan berbangga apa yang kita lakukan??Aku hormat dpada diri sendiri kerana sehingga kini aku masih boleh menyedarkan diri aku sendiri bahawa ada orang yang lebih susah dariku diluar sana.

Aku bebangga dengan diriku kerana sehingga kini aku telah dapat mengumpul sedikit harta walaupun kerjaya ku hanya krew restoren...tetapi aku beli hasil titik peluh sendiri.Aku menghormati orang lain bukan sebab orang itu tua..tetapi aku amat berminat dengan petikan kata-kata hikmat iaitu;

"JANGAN PANDANG DENGAN ORANG YANG BERKATA,
PANDANG APA YANG DIA KATA"

Dan kata-kata itu aku pegang dan cuba mencabar diri sendiri adakah kata-kata itu adalah benar....

TANGANKU HULUR TIADA YANG SAMBUT...

Aku memulakan tugas malam seperti biasa dan selalunya mesti terkena kat kitchen..bahagian grill.Aku masaklah burger BigMac,Double,beef dan cheeseburger....hahaha...best sungguh rasanya dapat buat segalanya dengan baik dan lancar.Jam menghampiri jam 12.00 malam jadi aku terpaksa ke depan menjaga kaunter dan drive thru...

Kalau tengah malam selalunya customer tak ramai jadi aku hanya mundar mandir "menayang mukaku" di kaunter.Sesekali aku termenung di birau tingkap drive thru sambil memandang ke luar melihat pekat malam.Kebosanan mengamit jiwa dan aku mencapai kain dan mula mengelap meja stainless steel perlahan-laahan sambil memikirkan pelbagai hal dunia...

'' trutt..trut..halo..halo.." terdengar walkie talkieku berbunyi...
Aku mencapai walkie talkie yang tersemat di pinggang ( walkie talkie digunakan untuk menyampaikan sesuatu pesanan atau alert kepada panjaga di hadapan kaunter bahawa ada pesanan yang diambil dibelakang..jadi..penjaga kaunter didepan boleh meninjau cctv dan membaca pesanan di skrin dan menyediakan dengan segera...)


"yup bebeh...kataku membalas....

"egypt.... ada customer la nak beli air buat kan cepat..kata rakanku dihujung talian..

"ok..ok..nampak ordernya....dah siap pun..'balasku sambil mataku tertumpu di skrin monitor.

Aku melihat air oren yang turun dengan derasnya ke dalam cawan kertas.Sambil aku menoleh ke jendela menunggu kereta yang membuat pesanan tiba.Hanya segelas air oren sahaja yang terpapar di skrin...aku membuka jendela sambil menghulurkan minuman yang telah siap di jendela.Aku menunggu sambil mataku memandang terus ke jalan raya yang hening....


Aku terasa pelik dan menoleh ke belakang..tiada satu kereta pun yang melepasi jendelaku disaat ini...aku tertanya sendiri..adakah aku terlalu lambat sehingga customer tidak dapat menunggu..Aku amat pasti aku hanya "bersidai di kawasan kaunter berdekatan jendela dan terus mengisi air yang dipesan tanpa tangguh-tangguh.Lagipun hanya satu pesanan sahaja.................

Aku menelan air liur.Aku mula menjenguk diluar.Sah memang tiada kereta.Aku mencapai walkie talkie dan bertanya rakan ku.

"oit..mana customernya..? takkan dia pusing balik kot?ke...ko tertekan button kaunter kot... " kataku selamba.

" adalah customer order air tadi.Dia kata dia haus sangat.sebab tu dia beli air oren aje.Aku suggest lain dia tak mahu..."ku dengar rakanku memberi penjelasan bersungguh-sungguh.

" aku jadi sangsi..Takkan la dia jalan terus aku tak nampak..aku memang duduk depan tingkap dari tadi..kataku separuh bisik.kau jangan main-mainla..pukul 1 pagi nie..."sambungku lagi...

Rakan aku terus memutuskan walkie talkie dan meluru keluar dari bilik kaunter.Mukanya pucat lesi dan mengeletar.Aku jadi kaku...Rakanku terus meminta pengurusku menutup kaunternya serta merta dan meceritakan kepada pengurusku tentang customer misteri itu.Pengurusku pula menyoalku sambil dengan nada bergurau bahawa aku buat-buat cerita.Nasib baik ada seorang lagi rakanku dikaunter membenarkan kata-kataku bahawa tiada sesiapapun yang melalui depan kami diwaktu itu...

Pengurusku mendapatkan kepastian dengan melihat cctv ulangan berpandukan waktu pesanan dibuat.Memang kelihatan sebuah kereta menyusuri jalan dan berhenti untuk mengambil pesanan..selepas pembayaran dibuat..tiba-tiba kereta itu bagaikan "hilang" dalam kamera...pengurusku "rewind" cctv beberapa kali untuk melihat dengan jelas dan meneliti semua kawasan tetapi tiada jejak kereta itu dapat dikesan dan memang tidak kelihatan di skrin.Kami semua melihat wajah rakan kaunter belakang...wajahnya boleh kukatakan dah hijau dah dan kami semua berpandangan sesama sendiri...masing-masing muka bagaikan pucat dan berdiam diri beberapa ketika...

Seperti ada arahan..semuanya cepat-cepat pergi ke stesen masing-masing dan menutup semua yang ada dan bergegas keluar dari kedai tanpa berani berkata apa-apa......