Aku bertukar kerja dan terjun ke arena perkilangan pula...masa tu macam tak boleh fikir nak kerja apa selepas aku berhenti dari kerja makanan segera tu.aku beli suratkhabar dan mencari kerja yang sesuai tetapi malang ye keyakinan aku sangat lah rendah.MAsakan tidak...minta kerja kerani pun aku tak berani.Aku bagai hilang "ilmu" pula untuk buat kerja-kerja yang memerlukan aku menaip dan mengadap komputer.
Kadang-kadang aku terasa aku seperti
SPONGE Bob squarepant :-))
kerja aku macam tu la...masak burger burger burger...huu....
terpaksalah aku mengadap ruangan kerja kilang-kilang (operator)
(CONTOH IKLAN YANG SERING AKU LIHAT MASA MUDE-MUDE DULU...)
Aku pun pergilah dengan ditemani 2 orang kawan aku untuk menghadiri temuduga terbuka yang diadakan dikilang.Masa aku datang tu aku naik bas dan turun di tepi highway sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan "free trade zone".Nasib kami baik bukan sebab kami aje yang minta kerja..ramai jugak yang berjalan beramai-ramai atau berkumpulan untuk menuju tempat yang sama.
Dihadapan kami terbentang kain rentang yang bertulis TEMUDUGA TERBUKA..
Aku dengan kawan aku ragu-ragu dan bagaikan anak ayam hilang emak mencari jalan masuk ke dalam.Pengawal pintu bagaikan tahu niat kami dan menunjukkan arah yang sepatutnya kami melangkah...
Read More...