xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: 1/12/14 - 1/01/15

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

BERMALAM DI PANGKOR

Aku bermalam di pangkor pada hari itu..yelah penat drive ke sana takkan nak balik terus ke shah alam..dah la aku memandu sikit punya carefull sebab aku ni jenis fobia dengan kelajuan.Jadi aku memang dah berniat hendak bermalam di sana..sambil menikmati permandangan malam disana....tapi hampanya kerana apabila malam nenjelang..owner chalet tempat aku menginap menasihati kami supaya tidak berjalan sendirian kerana jarang ada orang di pantai.Ini kerana kami datang bukan musim cuti sekolah.
Kalau musim cuti..ada banyak khemah-khemah dan pengunjung melepak dan membuat aktiviti seperti unggun api.tetapi jika bukan musimnya..pantai yang dipenuhi dengan manusia yang berkumpul sambil menjalankan aktiviti perkhemahan akan jadi sunyi sepi.Ini mengelakkan daripada berlaku insiden tak diingini seperti rompakan dan sebagainya..
Kami mengangguk faham dan biasalah...kami perempuan dan owner prihatin.mungkin beliau lebih maklum dengan kawasan kunjungan orang yang macam-macam dan tak dikenali.Kami akur dan duduk di kedai makan berhampiran chalet atau lebih tepatnya restoren chalet yang ada sambil menikmati sup panas dan angin malam yang damai....


MENANTI DI MUKA PINTU




          Kami balik ke chalet dalam pukul 11.00 malam..memang sunyi dan damai di luar dan boleh kedengaran desiran pukulan ombak masuk ke telinga kami.betapa dekatnya dan selesa tempat kami menginap dengan air pantai..aku membersihkan diri dan bersiap untuk tidur kerana badan memang sudah letih sejak dari sampai ke pangkor.

Cuma mindaku ..hatiku ingin melihat kecantikan pantai membuatkan aku masih berjaga dan mengagahkan diri.Aku baring di katil dan rakanku juga telah bersiap untuk melelapkan mata....seperti biasa...mesti dia dah dibuai mimpi dan aku masih terkebil-kebil mencari lenaku...biasalah aku ni kalau tempat baru memang susah nak lelapkan mata...Aku cuba melayan mengantukku sambil mata terpejam...dan akhirnya aku tertidur jua.....

Aku terasa aku bagaikan di alam mimpi dimana...aku nampak diriku masih di atas katil..tetapi yang mengejutkan aku...aku terlihat kelibat seseorang cuba memasuki bilik chalet kami tetapi dia tak dapat memasukinya dan hanya tercegat di pintu...
aku bertanya padanya...

"Siapa kah kamu? 

dan kenapa kamu nak masuk ke bilik kami?

Kami dah menempah bilik ini malam ini..kamu nak saya laporkan kepada pemilik chalet kah?
Tanya ku dengan keadaan berani-takut.

Aku terperanjat melihat pintu chalet kami terbuka dan beliau berdiri dimuka pintu tetapi hanya berdiri dengan wajahnya aku tak nampak(kerana malam dan lampu tidak dipasang).
hanya kelihatan seperti seorang lelaki muda dengan beg sandang masih selimpang di bahunya..kemudian beliau berlari diluar bilik dn  mengelilingi bilik kami...dan membuatkan aku sangat-sangat takut.

.setelah berpusing-pusing 2 kali..dia kembali tercegat di pintu yang terbuka  dan akhirnya dia bersuara....
" bilik ini saya punya dan kamu telah memasuki bilik saya....."
Aku terkaku beberapa saat.tak tahu apa yang harus ku katakan.Cuma aku tersebut .....
 
" bagaimana pula ?  "
Lantas lelaki itu bersuara..
" ini adalah bilik saya dan tempat tinggal saya ..".

Aku terkejut dan memberitahunya aku semasa aku memilih chalet ini..aku yakin dan pemilik chalet yang tawarkan bilik ini padaku kerana ianya kosong dan dekat dengan pantai..
Lalu lelaki itu menjawab...
" owh...saya hanya ada di waktu malam sahaja ada dan katil yang kamu tidur itu katil saya...saya memang akan datang dan tidur pada malam hari disini.Pemilik chalet memang tak tahu saya ada disini..saya dah lama di sini dan bilik ini rumah saya.."
Saya bertanya kembali...
" kamu pencuri?"....
yelah...bagaimana mungkin pemilik chalet tak tahu ada penyewa bilik atau pengunjung menyewa biliknya sedangkan semasa saya ambil kunci..saya yakin tiada barang orang lain disini?...
saya jadi semakin keliru bercampur resah dan sedikit marah kerana pemilik chalet tidak memeriksa dengan betul dan membuatkan saya menggunakan bilik orang lain yang masih ada.
tiba-tiba lelaki itu berkata...
" kamu tak perlu marah..pemilik tidak tahu saya menginap disini..." 
saya mencelah.
" Kenapa pula pemilik tidak tahu.. sedangkan kamu katakan bahawa kamu telah menginap disini dan ini katil kamu? 
 Saya minta maaf menyusahkan kamu dan mengambil bilik kamu ini..."

kataku dengan nada kesal.....
kami berdua diam dalam beberapa saat dan kemudian lelaki itu berkata..
" ada sebab pemilik tak tahu......."
Saya memandangnya...dan dia masih berada dimuka pintu..masih tak dapat melihat wajahnya kerana gelap malam dan dia berdiri membelakangi sinaran bulan.
Saya bertanya kembali..
" Kerana apa? "
Tiba-tiba lelaki itu bergerak sedikit ke belakang dan berkata kepada saya dengan nada suara yang lemah dan rendah...
" Sebab saya dah MATI......."
Aku ternganga.....

Aku terkaku..sambil aku berasa tak percaya tetapi tiba-tiba bulu romaku meremang..dan lelaki yang berdiri di muka pintu menghilang di depan mataku.Aku panik seketika..dan kedengaran bunyi tapak kaki berlari..pintu bilik terbuka dengan kuat sehingga kawanku yang sudah lena tadi terbangun dari tidurnya.

'eh..tak tutup pintu rapat ke?angin kuat?

Aku masih terkejut dan tidak menjawab pertanyaan rakanku.

'kau ni..bahaya tak tutup pintu elok-elok.nanti pencuri masuk bagaimana?
Tidurlah..esok kata nak jalan-jalan kat pantai..'

Katanya sambil bangun dan menutup pintu dan sambung kembali tidur.

Aku terus baring dan tarik selimut...perlahan-lahan ketakutan meresap ke dalam hatiku.Aku bercakap dengan orang ke..hantu tadi?
Sungguh-sungguh aku rasa meremang pada malam itu...


Read More...