Aku tinggal disekitar shah alam sek 7 ketika itu apabila aku memilih untuk bekerja kembali company lama iaitu Mcd yang terletak di seksyen 3,ditengah-tengah bulatan jika anda ingin ke PKNS,Tasik Shah Alam atau ke Alam Sentral.
Kebiasaannya aku kena kerja di waktu malam memandangkan ramai student uitm yang buat part time di situ tetapi tak larat nak bekerja hingga ke tengah malam.Jadi seperti biasa budak-budak yang FULL TIME inilah yang menjadi mangsa..mencuci,membersihkan segala macam pekakas.Ohh..lupa nak cakap masa itu Mcd belum dibuat 24 jam lagi..Jadi kami kena buat closing la...( closing atau penutupan kedai..kena buat kerja bersih mengbersih...)
Setiap kali aku pulang daripada kerja...pasti aku akan melalui jalan yang sama iaitu sek 8 menghala ke seksyen 7 kerana jalan amat lengang jikalau jam menunjukkan pukul 1 pagi dan keatas...ketika itu tak banyak sangat bagunan yang naik di situ dan yang paling ketara ialah apartment yang terletak di sebelah shell seksyen 7 ( aku tak ingat namanya ) pada ketika itupun hanayalah bangunan yang terbengkalai dan hanya yang ada hanyalah tiang-tiangnya sahaja yang berdiri teguh antara tanah tinggi disitu....
Pad mulanya aku tak perasan apa-apa yang ganjil pun apabila menyusuri jalan di sek 8 itu kerana bagiku jalan itu adalah jalan wajib untuk aku lalui..Lama kelamaan hati rasa tercengkam seketika kerana ada satu part antara tengah -tengah jalan itu..seakan bau yang nak kata wangi tak wangi akan menerjah masuk ke hidung aku ini.Aku boleh menghidunya kerana aku bila drive..aku suka bukak tingkap..dan bagiku angin diluar lebih fresh daripada aircond..jadi tatkala bau itu meyelerakkan aromanya..hatiku tertanya-tanya jua..tetapi mulut ini tak berkata apa-apa kerana orang tua-tua telah berpesan.." jangan tegur" jika terasa aneh.....
Aku seakan terbiasa dengan haruman itu setiap kali aku melintas area itu sehinggakan aku semacam rindu dengan harumannya..
pernah juga aku pulang bersama kawanku naiksatu kereta dan melintas tempat itu tetapi kawanku tidak mencium bau apapun dan hanya bergurau dengaku mengatakan aku ini suka mengada-adakan cerita..tetapi benar..hanya ketika aku seorang diri sahaja....aku dapat menghidu haruman itu,...
Apabila aku pulang ke rumah sewa...aku bertanyakan kepada rakan ku bahawa aku sering menghidu bauan aneh yang tak dapat ku gambarkan....
SESUATU YANG MENUMPANG.....
kawanku hanya tersenyum dan berkata mungkin ada makhluk halus telah menumpang kereta aku setiap kalinya aku balik.mungkin makhluk halus itu selesa dengan ku dan menumpang disebelahku dalam menuju ke destinasinya.Aku terasa seram pulak..terbayang di kotak fikiran ku..aku ternampak perempuan berambut panjang dengan wajah yang menyeramkan menyeringai ke arahku..hatiku kecut...
hari-hari yang yang lain hatiku keberatan nak melalui jalan itu dan memilih untuk jalan mengikut seksyen 9 walaupun jauh sedikit...
HATI YANG PENUH INGIN TAHU....
Selepas seminggu aku melalui jalan itu juga akhirnya kerana aku sudah terlalu letih untuk mengikut jalan jauh.Aku memandu dengan penuh debaran dan hati-hati...apabila melintas ke kawasan itu aku masih tidak dapat menghidu bau apapun..ahh....lega rasenya sebab aku rasa mungkin selama ini aku hanya memeningkan kepala sendiri....
tetapi bila terlepas sedikit daripada 'kawasan die'..tiba-tiba aku rasa kaku..apabila aku tersedar ada haruman sedang merebak dengan cepatnya memenuhi ruangan di dalam kereta.aku terketar-ketar sendiri apabila melihat dari cermin pandang belakang bagaikan ada seorang perempuan berambut panjang duduk dibahagian belakang..aku tak melihat lagi dicermin....
tetapi dalam masa yang sama aku tidak takut....semacam aku juga seronok dapat mengalaminya..kerana aku tidak terasa terganggu dengan haruman itu..dengan seperti telah kuduga..sesudah sampai ke checkpoint " benda" tu..dengan serta merta haruman hilang dan aku bagaikan tersedar bahawa aku telah menumpangkan hantu.
Read More...
SERAM KELIWON. SETIAP MALAM ITU ADA SATU CERITA. PERNAHKAH ANDA TERFIKIR MENGAPA IANYA TERJADI KEPADA ANDA? ADAKAH KITA BERHALUSINASI? ...
LAMAN POPULAR
-
Pada kisah kali ini..aku teringat pada ketika aku sedang melepak dengan kawan-kawan selepas peulang dari kerja.Cerita yang rancak dan gelak ...
-
sekarang ni tengah hot pasal piala dunia tapi dalam masa yang sama tak ketinggalan aku nak kongsikan kisah misteri kali ini.Kan dah namanya ...
-
HUJAH MENGENAI MATA KETIGA Mata Ketiga Mata ketiga merupakan mata spiritual yang terletak diantara 2 alis, bentuknya seperti mata fisik yang...
-
BUAYA DISANGKA SAMPAN ENTAH macam mana, hatinya pada malam itu tergesa-gesa hendak ke sungai memancing udang galah seperti yang di harapkan ...
-
Bagi yang pernah mengalami kisah atau kejadian yang berkaitan dengan hantu,jembalang,makhluk halus ini pasti mengakui bahawa amat sukar nak ...
-
PANGGILAN HANTU 1. HANTU AIR - Semangat atau roh yang tinggal dalam air. 2. HANTU ANAK GUA BATU - Menghuni gua batu diseru oleh pawang pere...
-
Aku tinggal disekitar shah alam sek 7 ketika itu apabila aku memilih untuk bekerja kembali company lama iaitu Mcd yang terletak di seksyen 3...
-
aku ada kisah yang dikongsikan dari kawan kerja dahulu mengenai untuk kisah seram kali ini.Cerita ini timbul apabila kami melepak di kedai m...
-
a video diatas adalah kucing jiranku yangdipanggil mimi dan tiada kena mengena dengan cerita seram ini.....hehehehe.. Kisah kali ini adalah ...
KLIP LAGU LELAKI PILIHANKU.. INTERNATIONAL
MICHAEL JACKSON - SMOOTH CRIMINAL
AKON - RIGHT NOW
USHER - BURN
JUSTIN BIEBER - ONE TIME
EMINEM - NOT AFRAID
JUSTIN TIMBERLAKE - CRY ME A RIVER
50 CENT - IN DA CLUB
JA RULE - WONDERFUL
Read More...
AKON - RIGHT NOW
USHER - BURN
JUSTIN BIEBER - ONE TIME
EMINEM - NOT AFRAID
JUSTIN TIMBERLAKE - CRY ME A RIVER
50 CENT - IN DA CLUB
JA RULE - WONDERFUL
Read More...
KLIP LAGU WANITA PILIHANKU.. INTERNATIONAL
LADY GAGA - EH EH - THIS NOTHING ELSE I CAN SAY
KELLY CLARKSON - ALREADY GONE
SHAKIRA - WAKA WAKA
MARIAH CAREY - OBBESSED
CHER - BELIEVE
CELION DION - TITANIC SOUNDTRACK
JANET JACKSON - TOGETHER AGAIN
Read More...
KELLY CLARKSON - ALREADY GONE
SHAKIRA - WAKA WAKA
MARIAH CAREY - OBBESSED
CHER - BELIEVE
CELION DION - TITANIC SOUNDTRACK
JANET JACKSON - TOGETHER AGAIN
Read More...
Langgan:
Catatan (Atom)