xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: KARDINALITI YANG MEMENINGKAN

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

KARDINALITI YANG MEMENINGKAN

KARDINALITI YANG MEMENINGKAN

Sudah lama sangat aku tak updated blog..sorry kepada pembaca yang tertanya kemanakah aku menghilangkan diri.Aku sibuk sikit dengan assigment dan kerja..jadi bila nak menulis tuh kenalah rehat sebentar dan sambil tuh cuba mengolah ayat untuk menaip episode seterusnya.Uih...bukan senang dik non...nak buat ayat nih...kang lain pulak jadinya dan silap-silap orang kata kita saja reka cerita.Tapi terus terang aku tak pandai sangat nak bercerita.Kawan-kawan selalu menyatakan bahawa aku cakap laju sangat....macam LRT...

kali ini aku memilih tajuk untuk episode kali ini adelah kardinaliti yang memeningkan.kenapa apakah maksud kardinaliti??

Kardinaliti adalah perhubungan menunjukkan bilangan perhubungan sesuatu entiti dgn entiti yang lain.(ayat ini digunakan didalam istilah komputer atau database)

Aku amat tertarik untuk menghuraikan lebih lanjut tentang kardinaliti ini tetapi mesti ramai yang tertanya apakah relevan aku menceritakan istilah komputer ini didalam blog seram pulak??langsung takder kena mengena...aku hanya ingin menggunakan istilah itu untuk menceritakan kisah aku yang bersangkut paut dengan kardinaliti ini....

selalunya didalam movie horror akan ada satu adegan dimana jika hantu itu ingin muncul sama ada sebelum...selalunya sebelum "dia" datang...lampu berkelip-kelip,api lilin terpadam...angin tetiba bertiup kencang...dan sebagainya...apakah hubungan mereka dengan fenomena ini??adakah "mereka" ini ingin membuat gimik untuk kita merasai keseraman dan ketakutan..atau sengaja nak infrom dulu ke atau memang stail "mereka" ini untuk bagi warning kat kita??

ada kajian mengatakan bahawa makhluk halus ini boleh memanipulasikan fikiran dan jiwa juga persekitaran kita.Contohnya suhu iaitu daripada normal ke dingin,angin bertiup dengan kencang secara tiba-tiba juga api lilin yang boleh terpadam dengan sendirinya.Semua fenomena ini boleh mempenaruhi dan memberikan impak ketakutan yang mendalam.Didalam sesetengah kes yang bberkaitan dengan jiwa atau perasaan pula banyak cerita-cerita seram yang kita dengar seperti terdengar bisikan halus dan juga diajak untuk melakukan sesuatu diluar kesedaran kita.....

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang menyeramkan,pastinya kita akan merasakan keanehan,kejanggalan dan juga perasaan kecut di dalam hati.Sama juga denganku yang kadang-kala amat takut sehinggakan aku lari selaju-lajunya jika terserempak dengan lembaga aneh...



LEMBAGA ANEH BERTENGGEK DI BERANDA RUMAH

Aku selalunya masuk kerja awal pagi dan pulang pada lewat malam.Ini kerana aku tiada aktiviti menarik untukku lakukan jika aku sampai.Aku hanya akan terperap di dalam bilik dan mula membaca buku.Ntah buku apa-apa pun takper asalkan ada membaca.Kadang-kala sampai beratus dan tak terkira aku membca buku atau komik yang sama hingga aku dah boleh hafal dialog,mukasurat juga perenggan ke berapa.Hobi aku yang suka membaca ini wujud sedari aku kecil.Aku suka sangat membaca apa sahaja,signboard kalau aku ditepi jalan,newpaper(baca tajuk aje) kalau di kedai rncit juga dalam tandas.Ada sahaja mata aku nih nak melihat.Tetapi aku tak suka untuk membeli sebab aku takut aku membazir dan menyepahkan bilik aku yang sedia ada bersepah dengan kertas atau katalog yang ku kutip dalam peti pos box aku daripada katalog giant,tesco,mydin dan macam-macam lagilah...



jika aku terlalu letih aku hanya akan tidur selama yang boleh sebab aku nih susah nak lelapkan mata dan jikalau dapat terlelap,amat susah nak bangun ( kira balas dendamlah sebab payah sangat nak lenakan diri).Bila aku dah bangun atau terbangun....mesti terjaga dalam pukul 1.00 atau 2.00 pagi..dan bila mata dah terbukak amatlah payah sangat nak pejam....Aku melangkah ke malas ke dapur...perut rasa lapar dan tekak rasa haus..semestinya aku takkan boleh tidur kembali dengan keadaan begini...maka aku pun pergi jugaklah.Aku pun mencari maggie yang ku khas waktu-waktu sesak untuk aku makan...haa...macam time nilah..tengah malam...Aku menghidupkan api dan mula memasak...Aku terasa ada orang sedang melintas di belakang aku tapi bila akumenoleh..tiada apa-apa.Aku meninjau lorong antara bilik...mana tahu ada rakanku yang balik tetapi tiada pula pintu berbunyi tanda ada orang masuk..Aku terasa seram...aku mengerling jam yang tergantung...




Hati aku jadi gundah gulana dan tidak tenteram.Aku terasa ingin tahu sesangat kerana amat amat yakin ada orang lalu di belakang aku....aku masak maggie cepat-cepat dengan hati yang masih belum reda dari gundah.Aku buka semua lampu rumah agar terang.Aku naik risau dan tertanya dimanakah rakan yang lain.Diaorang ni kalau dah keluar tak reti nak balik.Kalau dikira bayar sewa bilik RM184 tapi duduknya hanya malam...tengah malam atau pun seminggu 3 atau 4 kali aje dan yang selebihnya asyiklah menghilangkan diri.


Oh....aku tak ambik port ye diorang nak buat aper...lantak diorang la...


Aku buka tv...colour skrinnya wana biru penuh..( dah abis siaran la....)nak pasang astro??membazir aje sebab aku pun jarang kat rumah asyik kerja je..bulan-bulan kena bayar...Aku bukak lah CD yang ada di rak.Aduhai....kawan rumah aku nih pulak hanya ada cerita hantu..seram..hantu..seram..ngeri..bunuh...tikam....psycho tol la...Nak taknak aku terpaksa bukak satu cerita yang aku ingat tak berapa seram la agaknya.tajuknya "SIX SENSE" lakonan bruce wilis.Cover depan CD hanya ader gambar budak dan bruce Wilis aje..macam best aje deria keenam nih...okaylah dan aku tontonlah seorang diri di ruang tamu.Aku menghampiri sliding pintu dan membukanya agar udara dari luat masuk.Aku terasa aman sedikit kerana aku terdengar orang sedang berbual kosong dibawah dan sesekali kereta,motor berderum melintas antara parking atau mencari parking...jadi kuranglah rasa sunyi sedikit dengan lampu di tempat parking yang terang menyinari di bawah blok sebelah dengan ku melihat deretan motor tersusun dan berkunci......


Aku kembali ke depan tv dan mula menonton CD itu.Pada mulanya aku terasa biase-biase sahaja.Selepas beberapa ketika barulah aku realize jalan ceritanya....Tiba-tiba pintu rumahku diketuk..Terperanjat dan pucat aku kerana terkejut.Ketukan pintu masih lagi berbunyi...Aku teragak-agak.Selepas itu tiba-tiba pintu rumah aku terbuka...dan seseorang menerpa masuk ke rumah..

Rupanya kawan aku balik....buat terkezut aje...

Aku tak menghiraukan dia.Dia tersenyum macam kambing terus masuk ke bilik dan menutup pintu.AKu menyambung melihat tv...Bila ada sampai part-part yang seram itu..bulu romaku juga meremang...penghayatannya bagus dan hingga kini aku masih menyukai filem ini.Semasa menonton itu aku tersentak seketika tatkala aku mendengar bunyi anjing melolong di bawah rumah.Semakin lama semakin menyeramkan pulak lolongan anjing itu kerana ianya berterusan dan panjang sangat.Aku yang mendengarnya jadi kecut jugak.Anjing yang menyalak tidak berhenti seakan takutkan sesuatu....mataku masih segar dan masih menonton filem itu sehinggalah aku disajikan apabila budak itu memberitahu rahsianya kepada Bruce Wilis..Aku hanya mampu melihat separuh aje dari filem itu kerana aku merngigil ketakutan disaat aku melihat kelibat lembaga hitam bertenggek di beranda rumahku...

Aku masih terpaku dan terasa tak dapat bergerak.Sesungguhnya hanya Allah sahaja yangtahu betapa Hati,jantung mataku ini bagaikan mahu jatuh semuanya kerana takut.Kelibat lembaga yang besar dan hitam itu menghilang dengan pantas dan seakan melompat ke bawah..Aku masih terkaku dan peluh mengalir dan jantung berdegup dengan kencangnya.Apabila aku seakan tersedar..aku sapu bantal aku dan terus menutup suiz tv dan berlari sepantas kilat dan menerpa ke bilik dan menutup mukaku dengan bantal....aku menahan nafas..Adakah aku lihat itu benar atau aku yang hanya bermimpi...aku terasa seram dan bulu roma masih tidak mahu turun.Aku membaca bermacam-macam ayat suci untuk meredakan jiwaku yang berkecamuk.Akumasih terbayang-bayang saat aku melihat...aku jadi terlalu takut....dalam masa yang sama bila aku menutup mataku serapat-rapatnya..aku bagaikan terdengar bunyi geseran di dinding bilik.Seakan ada sesuatu yang kasar seperti ranting kayu ditarik secara perlahan meyusuri dinding.Aku baca ayat suci tetapi tunggang langgang.Bunyi geseran semakin perlahan dan menjauh.....

Aku masih menutupkan mata tetapi dengan secara tidak sengaja juga mataku terbuk.mungkin perasaan ingin tahu yang meluap-luap menjadikan aku ingin melihat.Aku jadi takut kembali dan mengigil.Bulu romaku meremang.Aku mengesotkan diri serapatnya ke tepi dinding agar tidak sesuatu pun boleh mendekatiku.....