xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: TANGKAL HITAM PART 3 - TERAKHIR

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

TANGKAL HITAM PART 3 - TERAKHIR

   Kisah sambungan kali ini adalah berkenaan tangkal hitam aku lagi.Korang ingatkan..kisah aku di Pulau Pangkor dimana aku nak buangkan tangkal hitam ku di laut tetapi tangkal hitam itu kembali kepadaku?


KISAH TANGKAL HITAM PART 3 - TERAKHIR

 Selepas aku habis bercuti di Pulau Pangkor itu, aku menjalani hidup macam biasa seperti hari-hari yang sebelumnya.Tetapi tetap ada yang kurang di dalam diriku...ya...aku masih memakai tangkal hitam itu.Sebenarnya ada banyak perkara mistik sepanjang aku memakai tangkal hitam itu...tapi aku mahu cerita apakah yang terjadi kepada tangkal hitam itu akhirya.Setelah beberapa tahun juga aku me
makainya..aku cuba untuk berjumpa dengan pakar untuk mencari solusi bagaimana aku boleh membuangnya dengan cara yang betul...

BERJUMPA DENGAN PAKAR PERUBATAN..

     Aku pergi melawat beberapa buah pusat perubatan islam di kawasan aku.Semasa zaman aku tahun 2008 ( kalau tak silap...) ketika itu mula muncul pusat perubatan islam secara komersial dan kaedah perubatan alternatif seperti sihir dan jin mula mendapat perhatian media.Ketika itu pusat perubatan Darul Syifa amat terkenal sekali di seluruh Malaysia.Pusat Perubatan yang pertama dibuka di Bangi,Selangor oleh Dr.Harun Din itu....fuhhhh..memang sangat-sangat luar biasa sambutannya.

   Masa itu aku ada mendengar pasal Darul Syifa ini..Alhamdulillah..bolehlah aku try nak tengok aku ini kategori "sakit" ke menggunakan kaedah rukyah yang sangat popular time tu.Sana sini orang cerita pasal Datuk Harun Din...aku teruja...

    Nak pergi Bangi bagiku tiada masalah ketika itu...tetapi waktu rawatan pada hari tertentu dan dikhabarkan oleh rakanku..nak jumpa Dr.Harun Din ini amatlah sukar kerana terlalu ramainya pesakit yang datang sehingga harus mengambil nombor giliran..

  Dan apabila pusat perubatan Darul Syifa mula menunjukkan perkembangan positif dalam membantu mengatasi masalah "tak nampak  dengan mata kasar " ini...tidak lama kemudian muncul lah Darul - darul yang lain bagai cendawan tumbuh.Semuanya mula menggunakan perubatan atau kaedah rukyah.

    Cerita aku.aku tak dapat pergi pun ke darul syifa di Bangi itu kerana tugas...juga tawar hatiku mendengar cerita kawan-kawanku yang tidak dapat berubat sendiri dengan Dr.Harun Din kerana ramainya yang "sakit"...Maka aku pendamkan..tangguhkan dulu keputusanku untuk pergi ke Bangi.


RAHSIA TANGKAL HITAM TERBONGKAR?



     Aku cuba kaedah traditional dengan berjumpa ustaz-ustaz dengan saranan rakan terdekat yang mempunyai kenalan yang pandai dalam perihal hal mistik ini.Pada sesi pertama aku cerita sedikit sahaja apa yang ku alami.Mereka mula membaca dan melihat keadaan aku.Aku seperti biasa..akan mula menganalisis orang yang cuba untuk menolongku..adakah benar-benar boleh membantu atau sekadar mereka nak mencuba mencabar ilmu mereka...

  Setelah beberapa ketika menunggu..aku diberitahu bahawa aku ini terkena gangguan ...( ayat yang biasa ku dengar..) dan aku harus melakukan perkara-perkara begini-begitu, membaca ayat dari petikan ayat Al-Quran untuk mengelakkan dari makhluk itu menganggu aku.Aku bertanya kepada ustaz itu...gangguan apakah yang menimpa aku? Katanya hanya jin.

JIN YANG MENGANGGU DAN GANGGUAN ITU ADALAH GANGGUAN SIHIR

      Aku cuba mendapatkan penjelasan..tetapi seperti biasa..amat sukar mereka hendak menjelaskan apakah gangguan yang sebenarnya...hanya cakap yang biasa-biasa yang bagiku..orang biasa yang tidak belajar perubatan islam pun boleh cakap..

AKU BOSAN DENGAN PENJELASAN YANG KLISE.....

     Tetiba-tiba aku teringat dengan tangkal hitam aku..aku menyerahkan tangkal hitam aku kepada ustaz itu untuk dilihat...apakah isi kandungannya.beliau bertanya berapa lamakah aku menyimpan tangkal itu..dan aku menjawab dengan jujur..adalah dalam beberapa tahunn tanpa menanggalkannya daripada leherku.

   Ku lihat mukanya mula berubah apabila memegang tangkal hitam itu.Dia meminta kebenaranku untuk membuka plastik yang membalut tangkal hitam itu dan aku mengizinkannya.Tetapi Ustaz itu hanya membuka plastik sahaja..tidak membuka jahitan tangkal hitam itu.

Cuma katanya.............


TANGKAL INI ADA SESUATU DI DALAMNYA..SEPERTINYA ADA TULANG YANG DISIMPAN..SEBAB ITU TAK BOLEH TERKENA AIR..
SAYA NAK MINTA DARI KAMU UNTUK MENYIMPAN DAN MEMBUKANYA NANTI.
SAYA AKAN CUBA MEMBUANGNYA UNTUK KAMU....

Aku terkejut dan bertanya....." tulang? tulang apa ustaz? "

Ustaz itu hanya berkata perlahan...

" kemungkinan tulang yang ada didalam tangkal hitam ini adalah...TULANG MAWAS"



Image result for mawas 



" IA MEMBUATKAN KAMU SENTIASA TIDAK TENTERAM DAN BOLEH MENGALAMI PERKARA MISTIK..IA DI ANGGAP PENJAGA KAMU..TETAPI SETIAP PENJAGA MESTI MENDAPAT UPAH ATAU HABUAN..APA YANG KAMU BERIKAN? "

Aku terdiam..terfikir dan keliru....aku berikan apa?? Aku buntu.....cuba mencari jawapan.

Ustaz menyambung lagi....

" takpe..nanti saya buka dirumah dan beritahu kamu apa yang ada didalamnya.Saya telah mengubati ramai orang..perkara begini boleh ditanggani..saya dah biasa..Saya ambil barang ini ya..."

    Aku mengangguk dalam gusar.Betulkah apa yang kulakukan ini.Aku kuatkan semangat dan memberitahu UStaz itu supaya menghubungiku untuk memberitahu apakah yang ada didalamnya..sesungguhnya aku sangat-sangat ingin tahu..

Ustaz itu pulang kerumahnya ( kerana dia datang berkunjung kerumah ku untuk melihat rumah dan menyemah) dan setelahUStaz itu pulang...aku masih terduduk..memikirkan apa yang akan berlaku kepadaku setelah aku tidak memakainya..dalam masa yang sama...lega kerana mungkin inilah perkara yang terbaik untukku supaya aku bebas daripada gangguan....


   Setelah seminggu,..tiada khabar daripada Ustaz itu berkenaan tangkal hitam yang ku berikan.Aku bertanya kepada rakan yang memperkenalkan Uataz itu padaku..Katanya.. selepas Ustaz itu berjumpa denganku..tidak terdengar khabar dan nampak kelibat Ustaz terbabit..tiba-tiba sahaja Ustaz itu menghilang entah ke mana...Kawanku cuma mengatakan..mungkin beliau sibuk mengubati orang lain yang memerlukan khidmatnya..Seminggu berganti bulan..dan aku bertanya kembali kepada rakan tadi tentang Ustaz itu..mungkin aku ingin membuat rawatan susulan..dan kata rakanku itu buat aku merasa meremang bulu roma...


Kata rakanku...

" Ustaz  itu tak tahu kemana..Last jumpa dengan kau..dia tak dapat dihubungi dan tak pasti Beliau berada dimana...pelik aku...Bapa aku pun ada mencarinya juga tetapi tak dapat..Kau rasa..dia tak dapat settlekan masalah kau ke...pasal tangkal hitam kau tu?..atau ada apa-apa yang berlaku padanya? Aku betul-betul terkejut,bapa aku pun sama juga..telefon tak diangkat..tiada dirumah.Rumahnya bertutup,macam pindah pun ada..."

Aku terdiam..Rahsia ada apa isi didalam tangkal itu?Aku benar-benar ingin  tahu tentangnya dan tertanya-tanya sampai kini...
dan kemana hilangnya ustaz terbabit?
bukankah beliau dengan confidentnya menyatakan padaku bahawa beliau boleh uruskannya... dan kini hilang pula entah ke mana...