xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

JANGAN SALAH ANGGAP....

kadang-kadang aku tak paham dengan sesetangah orang yang menyatakan bahawa blog-blog seram macam nih sengaja je nak cari publisiti dan buat post yang ntah apa-apa.Ingin aku jelaskan disini bahawa aku buat blog ini bukannya rekaan.Aku memang mengalami situasi yang memang kalau di lihat oleh orang yang tak pernah merasainya..mereka akan menyatakan bahawa aku sengaja mereka cerita.Bagi aku...terpulanglah pada diri masing-masing.


Scary CCTV Ghost - Click here for the most popular videos

Diatas adalah video seram yang membolehkan kita melihat entiti..


Ghost Walk over the Street - Awesome video clips here

CUBA LIHAT YANG INI.....


Ghost Sighting at Raffles Place - The most popular videos are a click away

Tidak lupa juga yang ini......


Ghost Caught Crying - Celebrity bloopers here Read More...

HOSPITAL NGERI



KISAH-KISAH MENGENAI HOSPITAL SERINGKALI JUGAK KEDENGARAN DI TELINGA KU.HOSPITAL MERUJUK KEPADA KAMUS DEWAN BAHASA BERMAKSUD RUMAH SAKIT ATAU TEMPAT PERLINDUNGAN UNTUK ORANG YANG TIDAK SIHAT DAN MEMERLUKAN RAWATAN.KAWASAN HOSPITAL YANG PENUH DENGAN DARAH,SEKSAAN KERANA PENYAKIT DAN KEMALANGAN...PEMBEDAHAN JUGA TAK KURANG ORANG YANG KEHILANGAN SEBAB-SEBAB PERISTIWA YANG TAK DAPAT DIELAKKAN MENGUNDANG PERSEPSI SERAM PADA SESETANGAH ORANG.


kalau orang dulu-dulu amatlah takuT jika kita berkata hendak membawa mereka ke hospital atau rumah sakit.Mengelupur orang tua tu berkeras tidak mahu pergi.Kenapa sedemikian rupanya mereka itu ?

Orang dulu-dulu tidak percaya kepada ubatan moden (pada ketika itu la) dan lebih rela mati daripada mengunjungi hospital....

Disini aku ingin melabelkan catatan baru mengenai Hospital Berhantu.Kenapa berhantu???sebab ada roh-roh yang tak tenang disana.Sesetengah mereka mati tanpa rela seperti kemalangan dan penyakit.

Kawasan Hospital yang dikesan mengandungi kehadiran Entiti...

HALSTEAD ( TAPAK BEKAS HOSPITAL BATUK KERING)


Pada september 2006,Halstead dan pasukannya menyiasat aktiviti paranormal yang dikatakan berlaku di sebuah bekas hospital batuk kering yang beroperasi pada awal 1900-an.Rekod mendapati berlaku 63,000 kes kematian sepanjang hospital itu beroperasi.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi.Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan disana.Secara tiba-tiba,dia terasa keadaan disekelilingnya amat dingin.Bulu romanya tegak berdiri.Lalu , dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan.

Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam,beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut.Padahal , tiada sesiapa di bilik tersebut malam tadi melainkan tanda-tanda aneh kehadiran entiti hantu.

Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( lingkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakai gaun. Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah Best Ghost Evidence di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.


HOSPITAL (HTAR) - KLANG


Hospital yang tidak asing untuk orang di negeri Selangor khususnya mula beroperasi pada tahun 1985 dan banyak menyimpan suka duka bagi yang pernah datang dan pergi.Bagi yang pernah singgah ke HTAR ini..pasti ada kisah menarik,tak menarik dan menyampah.Kalau bab menarik bagi aku yang hanya pernah 8 kali sepanjang hayat masuk ( sebagai pelawat ) ke HTAR nih adalah doktor-doktor yang smart dan hemsem.Kalau yang perempuan yang manis tapi kalau yang dah penat pulak....masam macam cuke...aku paham lah kalau kita jumpe hari-hari orang sakit..kita pun buleh jadi sakit jugak.Tapi kalau itu dah jadi tugas...dan kerjaya yang kita suka..takkan jadi masalah....


Di antara hospital yang besar dan terkenal di Selangor..banyakjuga misteri yang berkaitan dengan hospital besar ini.Kalau nak dikiralah berapa tingkat ada jugalah dalam 10 tingkat kalau tidak silap aku...bilik mayat pulak ada kat belakang ..satu bangunan sekali imbas ingatkan rumah teres.Aku nak cerita kali ini mengenai pengalaman dari seorang kawan.


Kawan aku nih termasuk hospital apabila dia mendapat kemalangan.Motosikalnya bengkok dan tersadai di tepi jalan.Dia pun dah pengsan dan dikejarkan ke hospital.Terlantar jugaklah dia selama seminggu.Bahunya patah dan terpaksa masuk besi.Masa aku nak melawat kawan aku nih sempat gak dia request nak nugget 9pcs,ayam spicy,fun fries dan burger ayam Mcdeluxe.Huh..nasib baiklah dia tak sihat..itu tak kire lagi anggur,strawberi...aahhhaaii..melayang duit aku dalam RM35 ringgit jugaklah...hmm...sebab kesiankan....


Aku rajin jugak melawat dia.Tapi bila kerap melawat itu dia suka sangatlah sebab boleh suruh aku beli itu ini kat bawah.Aku pun seronok gak pergi hospital tengok orang lalu lalang.Tpi aku cukup takut kalau tengok darah yang banyak.Boleh nakpitam aku...Dan juga jika ada bau ubat yang terlalu kuat menusuk idung..Aku cuma jalan-jalan aje...melihat katil-ke-katil pesakit.Macam-macam bunyi ku dengar dan macam-macam ayat dan poster aku baca.


Kawan aku nih pulak bila aku datang masa itulah mengada dia berlegar-legar.Tak berhenti mulutnya bercerita tentang doktor-doktor yang baik hati,manis...hemsem..aik..macam nak tinggal lama pulak kat sana...aku pun tumpang jugak cuci mata sekali...hihihi...tetapi bila aku dapat panggilan kawan aku meng 'request' kat aku supaya bawak baju kerja dan temankan dia didalam wad sampai dia keluar..aku mula terasa pelik.Dia bersungguh-sunggguh minta aku temankan dia sampai offer duit kat aku lagi..aku kalau orang offer duit..ok jugakkan...aku anggap pendapatan sampingan ajelah..hihihi..dia pun banyak duit gak...dan aku pun kesian sambil bersetuju ajelah..

Selepas kerja aku aku pun pergilah ke wad kawan aku itu.menyusuri jalan-jalan yang ada..mataku meliar membaca petikan poster,gambar-gambar dan juga melihat bilik-bilik wad yang tersusun....aku sahaja je jalan jauh untuk melihat wad sebelah blok ini pulak.Aku rasa seram dan takbest pulak jalan-sorang-sorang sebab macam tak betul aje.Mundar-mandir dan takde hala tuju.Last sekali aku pun kembali ke katil kawan aku..Aku lihat kawan aku tuh tengah tidur.Aku taknak mengejutkan dia dan cuba bersandar.Mataku mengantuk...suasana dalam wad sunyi sebab malam...KAwan-kawan aku terus menepuk tangan aku.Terkejut aku...mataku yang mengatuk tadii terus terbuka luas..

Kawanku terasa nak pergi ke tandas dan ingin aku menemaninya.Aku mengangkat dia perlahan-lahan dan berhati-hati.Matanya nampak letih dan kusut...tapi aku tak bertanya apa-apa sebab aku pun takder soalan.Selepas itu kawanku mengajak aku ke kantin.Dia nak makan sedikit kerana sedari tengahari dia tak makan.Makanan dari wad amat menjemukan dia.Aku pun menuruti dan membawanya ke bawah.Di kantin aku memesan minuman panas.Aku suapkan makanan ke mulut dia sebab tangan dia tak boleh nak angkat.Selepas penbedahan measukkan besi ke bahunya yang patah,makin sakit rasanya...Aku faham jika dia nak teman sebab nampak sangat dia perlukan bantuan.

Kawanku memandang kiri kanan dan bercakap dengan berhati-hati.Aku memasang telinga dan cuba memahami.Kawanku mengatakan bahawa dia ingin setiap malam aku menemaninya kerana dia amat takut.Aku memandang ke siling kantin,dan masih kabur.Kawanku menjelaskan bahawa dia telah melihat satu kematian yang menyentuh hati dan menyeramkan...

Disebelah katil kawanku ini ada sebuah katil yang kosong.Orang yang berehat disitu selalunya tidak hidup lama.Pada mulanya kawan aku ini ingat maksud pesakit dikatil hadapannya mengatakan begitu hanyalah sebagai cerita memandangkan yang baring disitu pun bukan muda sangat pun.Dalam lingkungan 70 -80 tahun yang mengidap sakit tua...yang sering dia nampak adalah seorang perempuan tua yang memang dah terlantar 2 bulan disitu...

Pada mulanya orang tua itu hanya terlantar dan tidak peduli kepada sesiapaun yang datang ke katil sebelah.tetapi bila kawanku datang,orang tua itu suka memandang kawan aku.Kadang-kadang dia boleh merenung kawan aku tu selama 30 minit dan kawanku yang perasan dia diperhatikan itu berasa tidak selesa..kawan aku cuba untuk bertegur sapa dengan wanita tua itu tetapi matanya sahaja yang merenung dan mengerdip memandang..

Sebelah malamnya kawanku menceritakan bahawa seringkali kawanku mendengar suara orang bercakap-cakap pada waktu tengah malam yang sunyi.Suaraanya yang garau dan parau menyentap kenyakinan dan menakutkan.Kawanku pada mulanya hanya mendengar sayup-sayup tetapi rupanya setiap malam begitu.kadang-kadang kawanku terasa seperti diperhatikan.

Aku mendengar dengan penuh gusar.Aku pernah melihat wanita tua yang diceritakan oleh kawanku kerana ianya betul-betul sebelah katilnya.Kecut pulak aku bila mendengar kisah itu.Kami pun naik semua ke atas menuju katil kawanku..Bila sampai disana,mataku tertumpu kepada wanita tua itu.."nampaknya dia tengah tidur.." kataku dalam hati.Aku membetulkan bantal kawanku.Kesian dia mukanya nampak pucat sahaja.Penat dan ketakutan kot fikirku....

Pada malam itu aku hanya duduk dikerusi sambil bersandar dibirai.Aku pun rasa tak selesa nak berbaring disitu sebab di atas kerusi jadi ruangnya terhad.Aku hanya menutup mata.Sesekali kawanku bergerak cuba untuk mengiring tetapi terkial-kial dan sakit.Aku cuba membantunya..Pada malam itu aku tak dapat tidur lena.Aku rasa tak selesa sangat.Dalam wad sunyi sepi.Semuanya bagaikan kaku...Aku melakukan senaman ringan.Bangun dan terasa ingin ke tandas.Ku lihat jam menunjukkan pukul 2.40 pagi.Aku terus tak jadi nak kemana-mana....suasana sejuk di dalam wad mencengkam hatiku..seram pun ada jugak.

Aku terdengar dengusan nafas.Aku memejamkan mata dan cuba menyatakan bahawa aku tersalah dengar.Tetapi mata ini terlalu ingin membuka dan dibuka.Perlahan aku membuka mataku dan memerhatikan sesekiling.Hatiku lega sebab tiada siapa yang menakutkan aku..Aku pun cuba jugak tidurkan diri...tetiba perut aku buat hal pulak....aduii...memulas-mulas..aku tak mahu pergi toilet..sorang pulak tuh..

Lama jugak aku cuba bertahan tetapi memang dah tak boleh tahan dah...apalagi aku lari mencari tandas..nak ajak kawan aku tu kesian dia dah tidur...aku nekad pergi jugak walau apa pun...Aku sanggup turun tingkat bawah dari guna tandas wad.Kat bawah ada orang lalu lalang...kuranglah takut...

Aku naik semula ke atas dengan menggunakan lif..aku mengantuk..pintu lif terbuka dan ada makcik tuh berkerusi roda naik bersama dengan aku.Rupanya menakutkan aku aje.Tahulah kat sini yang duduk semuanya orang sakit...tapi janganlah buat aku jadi sakit..seram tengok dia pulak.rambutnya serabai...mukanya lesu kusam..pandang aku macam aku yang sakit...aduii...bilalah nak sampai nih...

Makcik tuh memandang aku lagi..aku buat-buat senyum tapi mulut tak terbukak nak tanya ape..pastu keluar dari lif makcik tuh tegur aku..."dik..seluar tak zip lah...." Aku ternganga..malu pun ader gak..cepat-cepat aku zip seluar aku...kalau iye pun makcik tuh nak tegur janganlah buat muka serramm....pastu selamba aje pergi kayuh kerusi roda tuh tanpa hiraukan aku...nasib baik aku ngan dia aje...huh..

Aku ingin kembali ke kerusi aku tapi aku macam terdengar orang berjalan-jalan di koridor tingkat atas..aku menjenguk dan melihat melalui tangga yang ada ditengah-tengah bangunan yang menghubungkan antara tingkat.aku terdengar lagi.Langkahnya kuat dan berat.Aku pun berjalan masuk wad dengan cepat,takut terserempak dengan nurse atau pengawal.Duduk kembali di kerusi aku sambil menunggu waktu subuh menjelang..Aku terdengar lagi dengusan yang kuat.betul-betul belakang aku..aku rasa meremang bahagian belakang aku..aku diam membisu..aku tak berani bergerak.Dengusan yang berat sungguh menakutkan aku.Bagai ada makhluk dibelakang aku yang sedang marah dan memerhati.Aku terus bangun dan bawak kerusi aku,terus tukar posisi duduk.Aku lihat wanita tua tuh rilex aje tido...aku renung beberapa saat dan aku rasa tak selesa melihat dia.Aku alihkan pandangan aku....

Aky terpandang pintu masuk menuju wad A dan wad B.Aku rasa aku nampak seseorang @ makhluk berdiri tegak di pintu.Aku pandang tanpa berkelip.Memang ada macam orang bagai bersandar di tepi pintu wad memandang depan.Cahaya malam dan suram hospital tak dapat menjelaskan apa yang ku nampak.Aku hanya boleh katakan bahawa ada sesorang yang sedang memerhatikan kami di dalam wad......aku tidak mahu melihat lagi..tapi tengok jugak..dan orang atau makhluk yang ku nampak sudah tiada.....aku taknak dah tengok dan buat-buat tidur...

Rupanya aku tertidur jugak..pagi itu kawan aku yang kejutkan...penatnya aku...nak pergi keje lagi..Kawan aku ajak aku breakfast.Aku hanya sempat gosok gigi dan basuh muka.Nanti balik rumah aku mandilah....

Kawan aku menyatakan bahawa dia tidak boleh tidur lena malam tadi.

Aik...ku lihat dia diam aje berselimut.peliknya...

kawanku juga menyatakan bahawa dia nampak aku memandang dia dengan perasaan marah.Aku membebel tak tentu pasal dan dia pun malas nak dengar...Aku terkedu....Bila masa pulak??

Read More...

LAGI KISAH MISTERI

Pada september 2006,Halstead dan pasukannya menyiasat aktiviti paranormal yang dikatakan berlaku di sebuah bekas hospital batuk kering yang beroperasi pada awal 1900-an.Rekod mendapati berlaku 63,000 kes kematian sepanjang hospital itu beroperasi.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi.Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan disana.Secara tiba-tiba,dia terasa keadaan disekelilingnya amat dingin.Bulu romanya tegak berdiri.Lalu , dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan.

Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam,beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut.Padahal , tiada sesiapa di bilik tersebut malam tadi melainkan tanda-tanda aneh kehadiran entiti hantu.

Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( lingkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakai gaun. Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah Best Ghost Evidence di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.
Read More...

PADANG vs BOLA




sekarang ni tengah hot pasal piala dunia tapi dalam masa yang sama tak ketinggalan aku nak kongsikan kisah misteri kali ini.Kan dah namanya blog SERAM..takkan aku nak cerita pasal lawak plak..heheh...( bule aje...tapi macam lari dari tajuk sebenarlah)

KISAH SERAM kali ini aku nak tulis adalah kisah padang bola.Selalu korang dengar pasal hantu jepun berkawat kat padang kan...dan aku pun nak cerita jugak tapi bukan pasal berkawat tapi berkenaan padang bola di kawasan kampung yang terbiar.Kampung yang terbiar tuh bukan takder penduduk tapi bilangannya berapa kerat aje.Sebabnya yang muda sumer dah g kerja kilang ,pejabat...abis yang tinggal hanyalah yang " golden age ".

Pada waktu petang...kampung yang sunyi dan aman kononnya ini akan menjadi riuh rendah kerana pemuda-pemuda akan mengadakan perlawanan bola sepak dan pemudi pula akan mengerling melihat sesiapa yang hensem macam david beckham ataupun seiras Zaquan dan Zafuan ke....Maka pemuda-pemuda si atas padang pun nak tunjuk hero jugak bila ada wanita bersidai melihat mereka...

Selalunya mereka nih kalau dah sepak bola tuh memang tak teringat nak balik lah walaupun azan maghrib menjelang dan berkumandang.Dibantai jugak menyepak kesana ke mari sambil menjerit memberikan arahan.Kadang-kadang mereka ini akan sambung kembali permainan apabila spotlight dipasangkan dan menyulug seluruh padang.Aku juga suka melihat mereka bermain bola malam-malam.Sebabnya kawasan padang yang terang menyebabkan kawasan jadi menarik untuk ditonton....

Dalam keseronokkan permainan..kadang-kadang mereka ini selalu terlupa tentang keadaan sekeliling.Terlupa bahawa makhluk halus ini seringkali tidak suka akan kebisingan dan kelakuan melampau sesetengah manusia...juga kadang-kadang inilah waktu-waktu begini makhluk halus ini akan menganggu manusia....kerana menceroboh kawasan mereka walaupun pada asalnya kita tidak berniat.......

Kejadian ini tidaklah menggambarkan ada pemain yang histeria ke apa ke....tetapi makhlus halus ini telah melalaikan mereka sehingga mereka tidak memandang waktu ,tempat dan kerana ketaksuban mereka sendiri akhirnya mereka menerima musibah....

Kisahnya begini.........

Semasa mereka bermain dengan bestnya..pada mulanya mereka ataupun penduduk terhibur dengan permainan mereka tetapi makin lama makin kurang orang yang melihat kerana mereka asyiklah bermain hingga ke 2 pagi...setiap hari pulak tu..orang yang main pun asyik orang yang sama aje...naik menyampah pulak penduduk kampung.Bila keadaan macam tuh...pemuda yang menyertai bola itu mulalah terfikir untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kampung sebelah.Maka perkara itu mulalah dihebahkan untuk mengajak mereka beradu tenaga.Baguslah jika ada aktiviti yang sihat....

Maka bila hari perlawanan tiba...ramailah orang kampung yang berkumpul termasuk aku.Mak tak bagi tengok sebab taku hilang di celah orang ramai.Walaupun kampung,tetapi waktu malam bagaikan dipasar dan memang kebetulan ada pasar malam kecil dibuka jadi aku yang excited nih menjadi over lagilah.Mak apalagi..kalau aku dah mula terlupa diri tuh..dia akan pegang tangan aku dan cuba menghindarkan kami dari hiruk piruk manusia yang gembira pada malam itu...Nasib kami amat baik sebabnya rumah kami boleh nampak terus permandangan padang.Mak cakapbuat apa susah-susah nak melepak kat sana..dirumah lagi selesa dan takde orang nak menghalang....

perlawanan bermula...aku dan adik-adik aku terdengar sorakan bergema.Hati jadi tak keruan untuk membuak-buak keluar.Mak mengerling bagai tahu isi hati kami.Kami hanya diam dan masuk ke bilik.Akhirnya mak memanggil kami bertiga untuk menyaksikan perlawanan itu itu dengan pergi ke padang.Bestnya................

Dalam pukul 11.00 malam acara dah habis dan penonton beransur pulang..Orang makin brkurangan dan lengang berdekatan padang.Sampah bertimbun dan bersepah dan satu persatu lampu spotlight yang menyuluh padang dimatikan.Kumpulan kampung kami telah menang.Tak jadi lah nak kutuk mereka nih macam hapa je walaupun main bola sampai pukul 2 pagi kan....sebabnya mereka menang pulak malam ni...ha..ha..ha..

Semasa lampu semua telah padam..padang bola jadi sunyi dan sepi..aku masih lagi memandang ke padang.Zaman kanak-kanak...perasaannya lain..kalau bersemangat tuh kadang-kadang susah nak hilangkan seronoknya walaupun perkara itu dah berlaku selepas beberapa jam..atau sampai esok.Aku mungkin sangat teruja kerana dapat melihat dengan dekat perlawanan yang menarik bagiku dan bersorak bagaikan melihat world cup beramai-ramai..dan yang pastinya.."percuma"..ha..ha..ha..

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata.Aku masih teringat permainan tadi.Aku membuka tingkap perlahan-lahan,memandang ke padang.Ku lihat ada beberapa orang masih berada disana sambil berborak.Tetiba aku melihat sesuatu yang luar biasa...

Aku mengecilkan mataku untuk melihat dengan jelas walaupun samar-samar.Lama juga aku mengintai disebalik cermin tingkap.Aku lihat lampu spotlight terpasang kembali."aik...ada perlawanan bola lagi ke...sekarang dah pukul 1 pagi.."Aku bergegas ke bilik adik aku..mengajak dia melihat apa yangku lihat tetapi adikku tak sedarkan diri bila digerakkan...
Aku masih tertanya-tanya apa yang ada dipadang..perasaan ingin tahu meluap-luap.Aku tak kir....aku nak tahu jugak apa yang ada kat padang...

Lama jugak aku nak mengambil keputusan muktamad.Jam rupanya dah menunjukkan pukul 1,30 pagi.Aku masih mundar-mandir dalam bilik.Tiba-tiba aku teringat abah ada teropong.Aku dengan langkah perlahan pergilah mencari teropong di ruang tamu.Dalam gelap aku meraba-raba laci untuk mencarinya.Akhirnya aku jumpa jugak.Bukan dalam laci rupanya dekat atas almari.Berpeluh aku mencarinya..nasib baik jumpa jugak.Dengan perasaan gembira aku terus masuk bilik.Teropong yang ada dalam gengaman aku nih teropong yang boleh tahan mahalnya dan visualnya yang jelas...abah guna nak tengok burung.(kalau orang tua tuh tahu aku pakai dimarahnya aku..katanya takut jatuh...)

Aku dengan berhati-hati meneropong padang..adjust kejelasan kantanya..dapatlah aku melihat dengan dekat macam aku kat padang..aku excited jap..bukan kerana spotlight..kerana ada benda jugak akhirnya aku nak guna buat teropong..huhu....
Aku selaraskan lagi kanta..tak nampak sesiapapun kat atas padang..tapi spotlight menyala.Aku memandang spotlight ....hairan aku hanya satu je yang menyala..bukan macam tadi..

Lampu spotlight pula..menyala..padam..menyala..padam..gangguan elektrik kot..dan aku nampak sesuatu yang menakutkan di atas padang............aku terkaku.menurunkan teropong dan mula memakai 'original eye' aku...aku gosok mata aku dan lihat kembali dengan teropong..

Aku mengeletar..di atas padang ada perlawanan hebat bermula.Pemainnya ku lihat seperti abang-abang yang bermain tadi tetapi mata mereka merah.Lawan mereka adalah H-A-N-T-U....aku rasa tak percaya...korang percaya tak ????

Aku nampak mereka meyepak bola kesana kemari tetapi lawan mereka itu adalah sekumpulan makhluk yang menakutkan.bola yang disepak itu sebenarnya bukan bola...aku 'shoot' dengan teropong..golekkan 'bola' bagaikan tersekat-sekat..aku selaraskan lagi...rupanya kepala orang..
Aku tak percaya dan masih lagi mengikut gerakan 'bola' tadi..

aku terus baring kerana takut.Tetapi lampu spotlight yang sedikit cahayanya menerjah kembali.Aku teropong lagi...Dan aku tersentak apabila semua orang tiada...tetapi sepasang mata merah tepat melihat aku.Aku jadi terlalu takut...dan terus menarik selimut..
Aku demam seminggu..............
Read More...

KAWASAN BERHANTU DALAM MALAYSIA ??

Jika anda pernah menonton seekers..pasti anda teringin nak tahu mana la diorang buat pengambaran pencarian hantu-hantu di seluruh Malaysia nih.Cuma aku terkilan sedikit sebab Seekers Malaysia tak se'best' Ghost hunters dari barat.Alat mereka pun canggih-canggih dan diorang memang otak gile-giler punya nak cari hantu tuh...

Mungkin pada masa akan datang kita boleh dapat 'shoot' gambar macam mereka jugak.
Tapi bila tuh tak tahu la plak ye...heheheh.....


LOKASI YANG DIKATAKAN KERAS DAN BERHANTU............


1.Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur


Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Fenomena pelik yang pernah diceritakan disitu adalah terlihat kanak-kanak perempuan memandang sekumpulan pelajar yang lalu di hadapan bangunan yang runtuh dan mendengar suara-suara yang menjerit meminta tolong sayup-sayup.


2.Institut Victoria, Kuala Lumpur











Sekolah ini juga popular dengan panggilan V.I. ataupun nama Melayunya Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Sekolah ini mula dibina pada 1893 dan siap dibuka untuk pembelajaran pada 1894. Sekolah ini mendapat namanya sempena perayaan Jubli Emas Ratu Victoria. Bukan Victoria Beckham, tau? Namun tapak V.I. sekarang ini bukanlah tapak asal sekolah tersebut. Sekolah ini telah dipindahkan dari Jalan Bandar ke Jalan Hang Tuah, berdekatan tapak perkuburan Cina pada Mac 1929. Inilah yang membuatkan sekolah tersebut didakwa sebagai kawasan berhantu. Ada pula mendakwa bahawa V.I. pernah dijadikan sebagai markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Para penuntut di situ mendakwa mereka terdengar bunyi seretan rantai, bunyi derap kaki askar berkawad, raungan yang menakutkan serta kadang-kala ternampak bayangan orang digantung di pokok sekolah tersebut.



3.LEBUHRAYA KARAK











Ia dikenali juga sebagai Karak expressway E8 dan dibina sepanjang 60 kilometer menyambungkan Kuala Lumpur dan Bandar karak, Pahang. Tak lama dulu lebuhraya Karak ini memang banyak meragut nyawa. Paling dahsyat ialah kemalangan membabitkan trak FRU sehingga diabadikan dalam lagu Pusara Di Lebuhraya oleh kumpulan Ekamatra. beberapa pemandu yang pernah melalui kawasan tersebut mendakwa ternampak seseorang di tengah-tengah lebuhraya atau kereta Volkswagen yang menentang arus jalan dan cuba melanggari mereka.Juga kadang-kadang volkwagen itu akan membawa kereta dengan perlahan dan menghalang pemandu lain hilang sabar dan cuba memotong.Jika anda memotong kereta Volkwagen itu,masuk gaunglah jawabnya.Adalah dinasihatkan agar anda tidak melalui kawasan ini pada waktu malam.



Read More...