xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: BAYANGAN HITAM MENGIKUTIKU KEMANA SAHAJA...

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

BAYANGAN HITAM MENGIKUTIKU KEMANA SAHAJA...


kisah malam tadi cubaku lupakan buat seketika apabila aku mendapat panggilan telefon dari rumahku.Rupanya mak menyuruhku balik dengan segera dan katanya ada khabar yang penting..Tak senang kerja dan duduk aku apabila mendengar bicara itu.Sesungguhnya mak aku nie suka sangat beri keyword-keyword suspens..padahal suruh balik makan je.hmm...
Aku punch out dan terus mengambil tiket bas.alamak..aku dah la punch out pukul 6.oo
petang..tunggu bas lagi sampai maghriblah gamaknya ( pada tahun 1999 - 2001 aku belum mempunyai kereta atau motor lagi...)

Aku menunggu dekat bas stop klang ( ketika itu masih ramai yang naik pengangkutan awam).hiruk piruk dan bau asap menusuk hidungku..ku ambil tisu dan ku lap wajahku yang mula berpeluh sebab berjalan jauh.Ambooii..abis hitam tisu tu apabila aku mengesat mukaku.sah la asap bas yang pekat berjaya menyelaputi ku
kulitku yang tak berapa cerah ni...

Bas aku telah sampai dengan perlahan.Aku dengan wajah kesal bingkas bangun dan mencari tempat duduk untuk diri sendiri.Ku pilih bahagian belakang kerana aku malas untuk berasak-asak dengan penumpang lain..denga permandangan keluar tingkap di sebalik cahaya matahari yang mula terbenam...aku berkhayal seketika memandang keluar.Di kotak fikiranku ini terasa sangsi..kerana aku mendengar mak menyebut "tukwan" ada dirumah...


Bas bergerak dengan perlahan keluar dari stesen.Lamunanku terhenti apabila ada seorang remaja duduk disebelahku..Aku masih merenung diluar cermin...melihat orang yang masih berjalan mundar-mandir mencari agenda masing-masing..tidak lama kemudian..mataku terasa berat dan aku terlelap seketika di dalam bas yang sejuk...


aku terjaga dari lelapku apabila aku mendengar bunyi loceng bas...tergamam jugaklah sebab aku takut aku terlepas dari lorong rumah.Nasib baik aku bangun awal kerana se
jurus selepas itu.Aku dah sampai di hadapan lorong.Aku turun dalam kegelapan itu dan cuba mencari lampu suluh yang memang aku standby aje dalam beg aku kemana aku pergi...Aku mesti menyimpan beberapa barang kegemaran aku iaitu pen , buku nota kecil,calculator,pisau lipat dan lampu ( torchlight) dan most important..handphone yang bernyawa....


hehehhe....

Aku meyuluh ketanah depan laluanku..suluhannya menyorot dan tidak berapa terang.huh..bateri lemah agaknya.Aku memutuskan hanya menutupnya dan meredah kegelapan malam.Mataku melilau melihat keadaan..aku mula start berpeluh balik kerana ku rasakan ada ..... bagai ada yang mengikutku...langkahku ku panjangkan dan ku pantaskan agar segera sampai...semakin laju tapak kakiku..semakin hampir ku rasakan "bayangan" yang mengikutiku...membuatkan ku terpaksa berlari.............



RUMAH DIPENUHI BAU KEMENYAN




aku sampai jua di depan pintu pagar rumah.terlihat ada sebuah kereta nissan sentra berapa di kawasan parking rumah.Tukwanku ada di dalam rumah bersama keluargaku duduk mengadap sesuatu.Aku melangkah dan mencari ruang dengan berhati-hati dan semuanya sepi menyelubungi ruang tamu rumahku...


Makku sedang membakar arang di dapur gas.setelah terbakar separuh..arang tadi diletakkan di dalam dupa ( kalau tak salah aku la nama tempat bakar kemenyan tu)...bau kemenyan memenuhi seluruh rumah.Tukwan telah bersiap dengan pekakasan di hadapannya seperti limau bunga-bungaan dan pisau..Aku melihat dengan penuh berminat....


sepanjang malam berlangsung..barulah aku dapat tahu serba sedikit punca diriku tak keruan dan apa yang berlaku pada family ku.Aku difahamkan bahawa keluargaku ada mengalami krisis gangguan mistik sekian lama....dan jika dikira-kira telah menjangkau 10 tahun!!!....Masing-masing terkejut dan tidak berapa nak percaya( termasuk aku)tetapi apabila ditanya beberapa kejadian-kejadian pelik diantara kami...kami sekeluarga terpaksa mengakui hakikat bahawa ada bayangan hitam yang menghantui setiap dari kami..aku..kakakku dan adik-adikku....






PUNCA GANGGUAN MISTIK ITU...


Mak bertanya secara details dimanakah permulaan segalanya yang membuatkan kami tidak senang duduk.Tukwanku menghela nafas dan terhenti sejenak.kami masih menanti jawapan dengan penuh debaran..


Tukwanku memandang ke arah ayahku yang duduk di sudut kiri...dengan pandangan tajam.ayahku hanya selamba sahaja dan hanya merenung lantai rumah.Tuk Wan menunding ke arah ayahku dan membuatkan kami semua terkejut.Ayahku juga bagai terpaku apabila dilemparkan tuduhan begitu..tetapi kami semua sudah dapat merasainya tetapi pada malam itulah segala kesangsian terbongkar....




BAYANGAN HITAM MENGIKUTIKU KEMANA SAHAJA....