SERAM KELIWON. SETIAP MALAM ITU ADA SATU CERITA. PERNAHKAH ANDA TERFIKIR MENGAPA IANYA TERJADI KEPADA ANDA? ADAKAH KITA BERHALUSINASI? ...
LAMAN POPULAR
-
Pada kisah kali ini..aku teringat pada ketika aku sedang melepak dengan kawan-kawan selepas peulang dari kerja.Cerita yang rancak dan gelak ...
-
HUJAH MENGENAI MATA KETIGA Mata Ketiga Mata ketiga merupakan mata spiritual yang terletak diantara 2 alis, bentuknya seperti mata fisik yang...
-
Bagi yang pernah mengalami kisah atau kejadian yang berkaitan dengan hantu,jembalang,makhluk halus ini pasti mengakui bahawa amat sukar nak ...
-
Sambil memandu selepas balik dari kerja dari shah alam amatlah terasa jika jalan jem hari-hari.Kali ini aku pulang agak lewat dari kebiasaan...
-
Sudah lama aku tidak menyambung catatan terbaru tentang diriku di dalam blog ini. Kesibukan kerja dan urusan seharian buatku tidak berkesem...
-
Setelah aku berhenti kerja di Fast food yang terletak di Klang ...aku cuba nasib di fast food jugak ( sebab aku memang suka dalam bidang ini...
-
SETIAP MALAM ITU Aku hampir sahaja ingin kembali ke rumah Pakcik M dan memintanya memberikan penjelasan mengenai perbualan pendek di penghuj...
-
Gooooaaaallll! High School Detective 2 Ricochet Kills: Players Pack Dont Whack Your Boss 13 Days In Hell Burger Tycoon mfmx Stick War Homeru...
-
IMAM BERJANGGUT PUTIH SEBAIK saja selepas menikmati juadah berbuka puasa bersama isteri petang itu, Kamarul sempat menunaikan solat maghrib ...
JAKET BUNDLE
aku ada kisah yang dikongsikan dari kawan kerja dahulu mengenai untuk kisah seram kali ini.Cerita ini timbul apabila kami melepak di kedai mamak.Kawan-kawan aku nih semua tetiba nak pergi sama-sama berjalan ke uptown , damansara selepas balik kerja.Cadangannya nak melihat baju ke kasut yang best untuk melaram sebab semua dah dapat gaji..kalau gi kat uptown tu dapatlah cari yang murah dan kena dengan selera masing-masing.Kalau takder beli pun saja nak memeriahkan suasana tempat tuh yang tak mati walaupun dah nak pukul 5 pagi...
Semasa sedang rancak bercerita tentang kawan aku yang nak mencari jaket untuk pakai naik moto..Mulalah mereka termasuk kisah-kisah seram pulak.Bundle kan barang-barang yang terpakai ataupun barangan kilang yang reject,astu diorang jual murah.Aku pun tak tahu mana lah diorang dapat stok...ada yang kata seluduplah ..itulah..inilah,barang "panas"...haiii...nanti brader-brader yang jual bundle tu marah plak kalau aku tulis yang betul.Tak kisahlah janji dapat tengok diorang berniaga nih...macam best aje...
Tengah syok minum tiba-tiba terpancul dari mulut kawan aku yang sorang nih mengenai cerita aneh tentang barangan bundle.Dia kata kawan kepada kawan abang dia yang menceritakan perihal sebuah jaket kulit yang cantik dan bergaya tetapi boleh dibeli dengan harga yang termurah dipasaran.Jaket yang ber 'branded' tulen itu dibungkus rapi dan siap ada sarungnya...Kawan abang dia nih nak belikan baju jaket itu untuk adik dia yang belajar dekat uitm shah alam.Lagipun harga dia hanya RM60 aje jadi apa salahnya..Kalau ikut kedai mahu harganya dalam RM300++.Pada mulanya hati abang tu nak bagi adik tetapi akibat terlalu cun dan kena pulak saiz dengan badan dia maka tak jadi lah dia bagi kat adiknya.Baik dia pakai sendiri sebab smart gile...dan abang dia pun terperasan hensem sendiri kejap.
Abang dia pun melaramlah dengan jaket baru dibeli tu dan pergi kerja.Habis satu opis tegur kata abang dia nampak smart dan sesuai sekali dengan jaket itu.Wanita-wanita opis pula senyum tertarik melihat kehensemannya.... ( jaket mahal tuh ).Hatinya makin berbunga dan sayang sekali dengan jaket itu.
Pada mulanya abang dia takda rasa apa-apa semasa memakainya..Apabila di dalam opis, abangnya mengantung jaket itu di kerusinya dan keluar sebentar dari biliknya....Apabila masuk ke bilik nya,abang dia merasa pelik melihat jaket itu digantung kemas di kayu penyidai yang tersedia.Dia hanya menyangkakan bahawa aunty cleaner yang menyangkutkan di penyidai itu...
Kadang-kadang abang dia merasa pelik apabila tercium bau seakan bangkai yang teramat busuk apabila dia memasuki bilik.Seringkali dia memeriksa segenap penjuru dan mengadu kepada aunty cleaner bahawa mungkin ada tikus mati di dalam ruangan biliknya tetapi seringkali aunty menyatakan telah mencari dan menyapu ...dan tak melihat apa-apa pun.....dan tidak tercium bau apapun...
Abang dia terus membeli spray automatic dan diletakkan di dalam bilik tetapi kadang-kadang bau yang kurang menyenangkan itu tetap berlegar dan tiba-tiba hilang begitu sahaja.....Pernah sekali Abang dia terlupa nak bawak jaket itu pulang ke rumah dan secara tak sengaja abang dia terperasan jaket itu tersidai di beranda rumah.Setiap malam sejak memiliki jaket itu abang die sering bermimpi seorang pemuda yang sasa sedang elok memakai jaket yang seakan dikenali itu tetapi pemuda itu sangat muram mukanya.Setiap kali bila bermimpi terasa pemuda itu bagai mendepangkan tangan dan ingin meminta sesuatu tetapi abang dia tak faham maksudnya kerana tidak mendengar apa - apa suara pun.....
Dan sebulan kemudian kemuncak kepada misteri jaket itu datang dengan keadaan yang penuh seram apabila pemuda yang sering mendatangi mimpi itu ternampak disekitar ruang pejabat.Ramai staff lain terserempak dengan makhluk memakai jaket.Insiden pertama apabila staff wanita ingin menyapa seseorang yang duduk dipantri pada waktu petang...tetapi orang yang disapa ( staff wanita itu ingat abang kawan aku tuh) tidak menoleh dan buat don't know aje....hairan kerana tidak dipedulikan..staff wanita ini mula mengacau air kopi tetapi sesekali menoleh ke arah lelaki itu yang kelihatan sibuk.Wanita itu mengintai dan cuba melihat dari dekat tetapi terkejut apabila melihat lelaki itu mencakar tangannya dengan garpu sehingga berdarah....Staff wanita itu terus berlari mendapatkan staff yang lain dan memberitahu perkara itu dan mereka bergegas menuju ke arah pantri......