xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON

Fish

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

LAMAN POPULAR

SUDAH TERLEPASKAH AKU...ATAU AKU TERLEPAS PANDANG ???

Aku cuba menghindari dari apa-apa cobaan diri atau gangguan yang melanda hidup aku.
dengan menukar kerjaya..menukar attitude juga termasuklah menukar nama panggilan biasa kepada yang lain.itu semua ku lakukan untuk cuba mengubati hatiku sendiri.

Aku menyusuri jalan dengan langkah yang perlahan.di stesen bas klang dan pada tahun 2003...banyak lagi peduduk tempatan menggunakan perkhidmatan bas untuk kemana-mana.(walaupun aku pun tak perasan siapa tempatan atau bukan) hahaha..saja aku duduk di perhentian bas lama sedikit dari biasa dan melihat
orang yang lalu lalang dan hiruk piruk di depan ku.Jam menunjukkan pukul 8 malam..aku masih menunggu..
bas dah berpusu-pusu keluar masuk mengambil penumpang tetapi aku tetap tidak berganjak..

Konduktor bas telah berkali-kali bertanya dan menjerit di depan ku mempromosikan lokasi bas mereka tetapi aku tak ambil pusing.bagiku..aku hanya bersantai seketika..walaupun bau asap tidak menyenangkan ku...Aku terperasan ada seseorang sedang memerhatikan aku.Sedari tadi dia asyik duduk dan menoleh padaku.Aku mengira di dalam hatiku..jika 10 minit masih disitu ...aku akan segera beredar..bukan apa..langkah keselamatan..sebab banyakkan kejadian jenayah berlaku.

Masa berlalu 10 minit..Sah ...orang itu memerhatikan aku.Aku segera beredar dan lalu dihadapannya untuk memastikan adakah telahan aku benar.Ya...dia nampak terkejut dengan keputusanku beredar.Aku segera menyelinap di sebalik orang dan ku lihat dia bangun dan cuba melangkah pergi.Aku tak peduli ...caranya menakutkan aku.Aku jalan dengan pantas dan menuju ke mydin klang.Aku masuk ke pasaraya tu dan cuba membelek-belek barang yang ada.Ku lihat dia ( orang yang memerhati ku di stesen bas tadi) masuk ke mydn juga.Aku berfikir ligat dan cuba buat-buat mengambil air dan meuju ke tempat lain.Orang itu juga cuba-cuba mencari barang..


Read More...

HUSIN , MON DAN JIN PAKAI TONCIT???

Baru-baru ni aku telah menonton filem arahan mamat khalid..sinambungan filem Hantu kak Limah balik rumah.Sebab aku tengok filem nie kan pawagam kerana Hantu Mak Limah tu.

Sebenarnya bukan aku tak gemar tengok movie melayu kat wayang..nanti aku jadi frust bila macam baru je bayar kat TGV tu harga tiket ( sekarang nie tiket boleh tahan mahal jugak ) RM14..tup tup dah kuar kat astro..hahahha....

Tapi aku harus ubah persepsi aku kan..macam mana la filem melayu nak maju kalau takde orang tempatan support....

Aku lihat masa dalam panggung tu memang penuh orang...semua ada yang berfamily...bercouple..aku..aku pergi dengan kawan sekerja jerkk..hahaha..tu pun sebab selalunyakalau aku masuk shopping JUSCO Bukit Raja tu..tempat first aku singgah ..pawagam..tengok ada citer apa yang best...kalau takdeyang menarik.barulah pergi cari makanan ke barang ke...






dalam story nie bagi pendapat aku..sangat sesuai untukhiburan keluarga.Nak kata seram..tak kot mungkin lebih layak cakap seram kelakar.Ada ketikanya aku terfikir gak..kalau aku layan sangat perasaan aku pasai hantu-hantu dan mistik dalam hidup aku nie...mau aku pun boleh jadi gila.Kutipan cerita ni dikhabarkan dah melebihi 3.5 JUTA dalam seminggu tayangan.Bagus juga peformance dan impak cerita nie kan..mungkin
masyarakat sekarang macam aku kot..sekali sekala inginkan hiburan komedi untuk release tension..hahaha..





Read More...

"DIA" YANG KU TUMPANGKAN SETIAP MALAM ???

Apa khabar semua..dah lama rasanya aku tak update blog ini.sebabnya aku amat-amat sibuk dengan aktiviti yang mengarut.buat sekelian kalinya…aku telah bertukar kerjaya lagi.Kali ini aku dengan rasa berat dan senang hati juga … aku lepaskan semua tanggungjawab aku di office yang ku huni selama 2 1/2 tahun....


Alasan aku kali ini seperti sebelumnya..kerana tekanan dan masalah dengan orang-orang yang suka mencari kesempatan di atas kelemahan orang lain.Aku memang tak pandai bermuka-muka dan hipokrit kot,sebab tu aku terpaksa mengalah dan berhenti kerja.Tak mahu aku bersubahat dalam menjatuhkan orang dan menutup periuk nasi orang nih walaupun aku ada “power” untuk berbuat begitu.Takpe la jika periuk nasi sendiri kena tutup walaupun hakikatnya hatiku sedikit terluka....Bumi Allah kan luas..rezeki ada dimana-mana..

Dalam beberapa bulan ni..sangat sukar aku nak cari dan tetapkan matlamat dalam mencari kerja yang sesuai untuk aku.Komitmen aku banyak juga..kereta,sewa rumah,pinjaman peribadi yang terpaksa ku buat ..dan sebagainya mencengkam jiwa aku.Aku bukannya memilih kerja walaupun aku ada sedikit kelulusan (hahaha….) sebab on going lagi kan ….tinggal 3 semester nak abis…dan aku terpaksa mengambil keputusan segera menyambar apa saja kerja yang ada….


Read More...

MISTERI JALAN LAMA






Kali ini aku nak paparkan sedutan filem MISTERI JALAN LAMA yang sedang rancak berjalan dipawagam sekarang.


sipnosis dia seperti tertera di bawah ;







Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. 

Read More...

PARANORMAL ACTIVITY 3




Baru-baru ini aku pergi menonton pawagam ditempat biasa kegemaran aku ..TGV BUKIT RAJA, klang.Aku bosan dah tergerak hati pula nak lihat sebab rakan sekerja aku dah banyak kali tanya bila aku nak tengok movie tu..best dan seram katanya..tapi masa dia tanya tu untuk paranormal activity yang pertama lagi,,sebab mereka tahu aku no kaki wayang...sejak 1999 lagi ( dah ada duit sendiri ) hehehe..




Pada mulanya panggung agak lengang..mungkin kerana story dah main nak sampai sebulan.
>.kiranya aku lihat dah hujung-hujung la..

Read More...

PANGSAPURI BARU DIPENUHI JERITAN...

Aku bertukar kerja dan terjun ke arena perkilangan pula...masa tu macam tak boleh fikir nak kerja apa selepas aku berhenti dari kerja makanan segera tu.aku beli suratkhabar dan mencari kerja yang sesuai tetapi malang ye keyakinan aku sangat lah rendah.MAsakan tidak...minta kerja kerani pun aku tak berani.Aku bagai hilang "ilmu" pula untuk buat kerja-kerja yang memerlukan aku menaip dan mengadap komputer.

Kadang-kadang aku terasa aku seperti SPONGE Bob squarepant  :-))



kerja aku macam tu la...masak burger burger burger...huu....

terpaksalah aku mengadap ruangan kerja kilang-kilang (operator)







(CONTOH IKLAN YANG SERING AKU LIHAT MASA MUDE-MUDE DULU...)

Aku pun pergilah dengan ditemani 2 orang kawan aku untuk menghadiri temuduga terbuka yang diadakan dikilang.Masa aku datang tu aku naik bas dan turun di tepi highway sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan "free trade zone".Nasib kami baik bukan sebab kami aje yang minta kerja..ramai jugak yang berjalan beramai-ramai atau berkumpulan untuk menuju tempat yang sama.

Dihadapan kami terbentang kain rentang yang bertulis TEMUDUGA TERBUKA..




Aku dengan kawan aku ragu-ragu dan bagaikan anak ayam hilang emak mencari jalan masuk ke dalam.Pengawal pintu bagaikan tahu niat kami dan menunjukkan arah yang sepatutnya kami melangkah...
Read More...

HANTU RAYA ITU ADALAH AKU??

Korang pernah dengar hantu raya?
hantu yang aku rasa glamer la selain vampire ( pontianak) ... :lol:

aku ada kisah dimana hantu raya menjelma sebagai aku!! aku pun tak pernah nak percaya pon
bila orang cakap nampak aku disana sini...tapi itulah hakikat ye...


Read More...

RAHSIA ABAH..

kami masih tertanya apakah yang telah abah lakukan sehingga kami dibelenggu dengan masalah yang susah untuk ditafsirkan.

Abah...dengan muka selambanya seperti tidak faham apa-apa dan hanya merenung kosong ke lantai..

Tuk wan aku mula mengeluh panjang.Sepanjang yang aku tahu mengenai Tuk Wan aku ni( melalui cerita mak)...Tuk Wan adala bekas pengawal orang-orang kenamaan masa mudanya sehingga sekarang.Beliau mempunyai badan yang sasa , tinggi lebih kurang 7 kaki atau senang aku gambarkan sama dengan setinggi pintu rumah.Walaupun berumur lebih kurang 65 tahun ( waktu itu )


Read More...

BAYANGAN HITAM MENGIKUTIKU KEMANA SAHAJA...


kisah malam tadi cubaku lupakan buat seketika apabila aku mendapat panggilan telefon dari rumahku.Rupanya mak menyuruhku balik dengan segera dan katanya ada khabar yang penting..Tak senang kerja dan duduk aku apabila mendengar bicara itu.Sesungguhnya mak aku nie suka sangat beri keyword-keyword suspens..padahal suruh balik makan je.hmm...
Aku punch out dan terus mengambil tiket bas.alamak..aku dah la punch out pukul 6.oo
petang..tunggu bas lagi sampai maghriblah gamaknya ( pada tahun 1999 - 2001 aku belum mempunyai kereta atau motor lagi...)

Aku menunggu dekat bas stop klang ( ketika itu masih ramai yang naik pengangkutan awam).hiruk piruk dan bau asap menusuk hidungku..ku ambil tisu dan ku lap wajahku yang mula berpeluh sebab berjalan jauh.Ambooii..abis hitam tisu tu apabila aku mengesat mukaku.sah la asap bas yang pekat berjaya menyelaputi ku
kulitku yang tak berapa cerah ni...

Bas aku telah sampai dengan perlahan.Aku dengan wajah kesal bingkas bangun dan mencari tempat duduk untuk diri sendiri.Ku pilih bahagian belakang kerana aku malas untuk berasak-asak dengan penumpang lain..denga permandangan keluar tingkap di sebalik cahaya matahari yang mula terbenam...aku berkhayal seketika memandang keluar.Di kotak fikiranku ini terasa sangsi..kerana aku mendengar mak menyebut "tukwan" ada dirumah...

Read More...

NYAWAKU , NYAWAMU JUA...

malam ini sangat hening dan sedikit sejuk sama seperti dua hari lepas...aku ingin membuka lembaran kisah baru dan episode baru pada malam ini.Dengan segala ingatan yang aku cuba imbas..aku mula menaip perenggan demi perenggan dengan teliti untuk pembaca agar dapat menyelami kisahku...

Aku ingin memulakan mukadimah dengan tajuk " NYAWAKU , NYAWAMU JUA "

Aku hanya bagi surprise sikit aje ye...takde sesiapa yang terkorban dalam ceritaku ini..hehehe..
cuma hanya boleh memberikan pengajaran bagi yang boleh berfikir.....


Read More...