xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

BEKERJA DI MAKMAL - PART 1

assalamualaikum kepada pembaca blog aku.

dah terlalu lama aku tak update blog aku ni kan..mungkin korang fikir bagaimana keadaan aku sekarang.Macam biasa..melalui hari-hari yang berlalu dengan pelbagai misteri yang menimpa tetapi kini aku berfikiran matang dan positif.

tahun 2019 ni aku dah masuk umur 37..ya..masih sendiri..takde boyfriend yang bertandang.aku tak pandai nak mengayat agaknya..hahaha.
ataupun sebab aku ada "PENDAMPING..'''  

JENG..JENG..JENG...

Kisah aku kali ni rasanya kisah yang paling seram bagiku dan tersimpan rapi dalam kamus hidupku hingga kini.Percaya atau tidak,terpulang kepada korang semua nak menilai.Bagiku...aku amat terkesan dengan kisah kali ini dan inilah rantaian kisah misteri yang lain yang mencetus kepada klimaks dalam hidup aku sepanjang aku bernafas di bumi Allah swt ini.

KERJA DI MAKMAL - PART 1

aku pada tahun 2007 masih mencari-cari kerja yang sesuai dengan aku untuk menampung kehidupan dan pembiayaan kelas separuh masa yang ku ambil pada tahun terbabit.aku mengambil jurusan IT di cosmpoint dotdotdot..( maaf aku taknk bagitau korang ).. diploma disana.

Aku mencari kerja merata-rata tetapi aku hanya dapat bertahan sekejap kerana aku tidak dapat fit dengan jadual kelas aku.

Sampai satu malam aku bermimpi yang aku telah pergi ke sebuah kilang di kawasan kapar,yang pernah aku kerja sekejap iaitu selama dua minggu sahaja selepas mcdonals jalan taiping tutup..sebagai operator pengeluaran disana.aku berhenti kerja disana secara baik ( hantar surat perletakan jawatan )  kerana aku tiada kenderaan semasa itu ( tahun 2000)

Aku bermimpi seperti kilang tu ada advertise jawatan kosong dan memerlukan pekerja.Aku mengambil masa kira-kira 3 hari memikirkan kenapa tiba-tiba aku bermimpi tentang kilang terbabit.Aaahh...mungkin Allah nak tolong aku yang memerlukan pekerjaan sesangat semasa itu.
Dan aku decide untuk pergi meninjau kesana..mana lah tahu ada rezeki buatku disana.

Read More...

TANGKAL HITAM PART 3 - TERAKHIR

   Kisah sambungan kali ini adalah berkenaan tangkal hitam aku lagi.Korang ingatkan..kisah aku di Pulau Pangkor dimana aku nak buangkan tangkal hitam ku di laut tetapi tangkal hitam itu kembali kepadaku?


KISAH TANGKAL HITAM PART 3 - TERAKHIR

 Selepas aku habis bercuti di Pulau Pangkor itu, aku menjalani hidup macam biasa seperti hari-hari yang sebelumnya.Tetapi tetap ada yang kurang di dalam diriku...ya...aku masih memakai tangkal hitam itu.Sebenarnya ada banyak perkara mistik sepanjang aku memakai tangkal hitam itu...tapi aku mahu cerita apakah yang terjadi kepada tangkal hitam itu akhirya.Setelah beberapa tahun juga aku me
makainya..aku cuba untuk berjumpa dengan pakar untuk mencari solusi bagaimana aku boleh membuangnya dengan cara yang betul...

BERJUMPA DENGAN PAKAR PERUBATAN..

     Aku pergi melawat beberapa buah pusat perubatan islam di kawasan aku.Semasa zaman aku tahun 2008 ( kalau tak silap...) ketika itu mula muncul pusat perubatan islam secara komersial dan kaedah perubatan alternatif seperti sihir dan jin mula mendapat perhatian media.Ketika itu pusat perubatan Darul Syifa amat terkenal sekali di seluruh Malaysia.Pusat Perubatan yang pertama dibuka di Bangi,Selangor oleh Dr.Harun Din itu....fuhhhh..memang sangat-sangat luar biasa sambutannya.

   Masa itu aku ada mendengar pasal Darul Syifa ini..Alhamdulillah..bolehlah aku try nak tengok aku ini kategori "sakit" ke menggunakan kaedah rukyah yang sangat popular time tu.Sana sini orang cerita pasal Datuk Harun Din...aku teruja...

    Nak pergi Bangi bagiku tiada masalah ketika itu...tetapi waktu rawatan pada hari tertentu dan dikhabarkan oleh rakanku..nak jumpa Dr.Harun Din ini amatlah sukar kerana terlalu ramainya pesakit yang datang sehingga harus mengambil nombor giliran..

  Dan apabila pusat perubatan Darul Syifa mula menunjukkan perkembangan positif dalam membantu mengatasi masalah "tak nampak  dengan mata kasar " ini...tidak lama kemudian muncul lah Darul - darul yang lain bagai cendawan tumbuh.Semuanya mula menggunakan perubatan atau kaedah rukyah.

    Cerita aku.aku tak dapat pergi pun ke darul syifa di Bangi itu kerana tugas...juga tawar hatiku mendengar cerita kawan-kawanku yang tidak dapat berubat sendiri dengan Dr.Harun Din kerana ramainya yang "sakit"...Maka aku pendamkan..tangguhkan dulu keputusanku untuk pergi ke Bangi.


RAHSIA TANGKAL HITAM TERBONGKAR?



     Aku cuba kaedah traditional dengan berjumpa ustaz-ustaz dengan saranan rakan terdekat yang mempunyai kenalan yang pandai dalam perihal hal mistik ini.Pada sesi pertama aku cerita sedikit sahaja apa yang ku alami.Mereka mula membaca dan melihat keadaan aku.Aku seperti biasa..akan mula menganalisis orang yang cuba untuk menolongku..adakah benar-benar boleh membantu atau sekadar mereka nak mencuba mencabar ilmu mereka...

  Setelah beberapa ketika menunggu..aku diberitahu bahawa aku ini terkena gangguan ...( ayat yang biasa ku dengar..) dan aku harus melakukan perkara-perkara begini-begitu, membaca ayat dari petikan ayat Al-Quran untuk mengelakkan dari makhluk itu menganggu aku.Aku bertanya kepada ustaz itu...gangguan apakah yang menimpa aku? Katanya hanya jin.

JIN YANG MENGANGGU DAN GANGGUAN ITU ADALAH GANGGUAN SIHIR

      Aku cuba mendapatkan penjelasan..tetapi seperti biasa..amat sukar mereka hendak menjelaskan apakah gangguan yang sebenarnya...hanya cakap yang biasa-biasa yang bagiku..orang biasa yang tidak belajar perubatan islam pun boleh cakap..

AKU BOSAN DENGAN PENJELASAN YANG KLISE.....

     Tetiba-tiba aku teringat dengan tangkal hitam aku..aku menyerahkan tangkal hitam aku kepada ustaz itu untuk dilihat...apakah isi kandungannya.beliau bertanya berapa lamakah aku menyimpan tangkal itu..dan aku menjawab dengan jujur..adalah dalam beberapa tahunn tanpa menanggalkannya daripada leherku.

   Ku lihat mukanya mula berubah apabila memegang tangkal hitam itu.Dia meminta kebenaranku untuk membuka plastik yang membalut tangkal hitam itu dan aku mengizinkannya.Tetapi Ustaz itu hanya membuka plastik sahaja..tidak membuka jahitan tangkal hitam itu.

Cuma katanya.............


TANGKAL INI ADA SESUATU DI DALAMNYA..SEPERTINYA ADA TULANG YANG DISIMPAN..SEBAB ITU TAK BOLEH TERKENA AIR..
SAYA NAK MINTA DARI KAMU UNTUK MENYIMPAN DAN MEMBUKANYA NANTI.
SAYA AKAN CUBA MEMBUANGNYA UNTUK KAMU....

Aku terkejut dan bertanya....." tulang? tulang apa ustaz? "

Ustaz itu hanya berkata perlahan...

" kemungkinan tulang yang ada didalam tangkal hitam ini adalah...TULANG MAWAS"



Image result for mawas 



" IA MEMBUATKAN KAMU SENTIASA TIDAK TENTERAM DAN BOLEH MENGALAMI PERKARA MISTIK..IA DI ANGGAP PENJAGA KAMU..TETAPI SETIAP PENJAGA MESTI MENDAPAT UPAH ATAU HABUAN..APA YANG KAMU BERIKAN? "

Aku terdiam..terfikir dan keliru....aku berikan apa?? Aku buntu.....cuba mencari jawapan.

Ustaz menyambung lagi....

" takpe..nanti saya buka dirumah dan beritahu kamu apa yang ada didalamnya.Saya telah mengubati ramai orang..perkara begini boleh ditanggani..saya dah biasa..Saya ambil barang ini ya..."

    Aku mengangguk dalam gusar.Betulkah apa yang kulakukan ini.Aku kuatkan semangat dan memberitahu UStaz itu supaya menghubungiku untuk memberitahu apakah yang ada didalamnya..sesungguhnya aku sangat-sangat ingin tahu..

Ustaz itu pulang kerumahnya ( kerana dia datang berkunjung kerumah ku untuk melihat rumah dan menyemah) dan setelahUStaz itu pulang...aku masih terduduk..memikirkan apa yang akan berlaku kepadaku setelah aku tidak memakainya..dalam masa yang sama...lega kerana mungkin inilah perkara yang terbaik untukku supaya aku bebas daripada gangguan....


   Setelah seminggu,..tiada khabar daripada Ustaz itu berkenaan tangkal hitam yang ku berikan.Aku bertanya kepada rakan yang memperkenalkan Uataz itu padaku..Katanya.. selepas Ustaz itu berjumpa denganku..tidak terdengar khabar dan nampak kelibat Ustaz terbabit..tiba-tiba sahaja Ustaz itu menghilang entah ke mana...Kawanku cuma mengatakan..mungkin beliau sibuk mengubati orang lain yang memerlukan khidmatnya..Seminggu berganti bulan..dan aku bertanya kembali kepada rakan tadi tentang Ustaz itu..mungkin aku ingin membuat rawatan susulan..dan kata rakanku itu buat aku merasa meremang bulu roma...


Kata rakanku...

" Ustaz  itu tak tahu kemana..Last jumpa dengan kau..dia tak dapat dihubungi dan tak pasti Beliau berada dimana...pelik aku...Bapa aku pun ada mencarinya juga tetapi tak dapat..Kau rasa..dia tak dapat settlekan masalah kau ke...pasal tangkal hitam kau tu?..atau ada apa-apa yang berlaku padanya? Aku betul-betul terkejut,bapa aku pun sama juga..telefon tak diangkat..tiada dirumah.Rumahnya bertutup,macam pindah pun ada..."

Aku terdiam..Rahsia ada apa isi didalam tangkal itu?Aku benar-benar ingin  tahu tentangnya dan tertanya-tanya sampai kini...
dan kemana hilangnya ustaz terbabit?
bukankah beliau dengan confidentnya menyatakan padaku bahawa beliau boleh uruskannya... dan kini hilang pula entah ke mana...



 
Read More...

JAGA - JAGA .. ADA ORANG PERHATI..

Sudah lama aku tidak menyambung catatan terbaru tentang diriku di dalam blog ini.
Kesibukan kerja dan urusan seharian buatku tidak berkesempatan menulis.Bukan apa..aku ada banyak kisah yang masih tersimpan rapi di dalam hati yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Aku sudah mula berhenti bercerita dengan rakan-rakan tentang kisah misteri yang menyelubungi ku.Kerana apa??

BUANG MASA......

Siapa yang hendak percayakan ceritaku..pernah dituduh mengarut,mereka-reka..dan yang paling teruk..sengaja hendakkan perhatian..??? KEPALA HOTAK KORANG....

     Aku akui..kisah hantu,misteri,benda yang jarang orang lalui memanglah susah untuk dirasakan..sedangkan kita lihat cerita seram...time tu terasa sangatlah seram....keluar panggung..lupa semua...gelak-gelak lagi dan kemudian cakap sesama sendiri...

."MENGARUTLAH PENGARAH ITU BUAT CERITA SERAM...TAK SERAM LANGSUNG...HAHAHA..."

HAHAHA... la sangat..kalau seorang diri..pergi tandas pun takut agaknya..jangan minta nak jumpa hantu ke..jin ke..sebab yang selalu nak jumpa,nak tengok "benda-benda" tu...takkan dapat peluang..

     Dalam kes aku..aku tak mintak pun nak tengok..nak dengar..nak rasa meremang bulu roma..
Ingat best sangat ke kalau korang buat kerja atau beriadah..tetiba rasa tak sedap badan,tak sedap hati...resah gelisah macam ada orang perhati??  suka ke..dah rasa macam penjenayah tahu tak??
setiap keadaan kena jaga..jaga hati,mulut,mata,telinga...bukan jaga sebab taknak dengar gossip..berita panas pasal artis atau hal ehwal semasa.....jaga semua sebab..

HANTU !!!!!

DAN PERCAYALAH..KALAU KORANG MENGALAMINYA..
BARU TAHU LANGIT TINGGI KE RENDAH
MALAM KE SIANG
TIDUR LENA KE....ATAU MACAM TAK TIDUR..





https://piximus.net/media/12360/scary-table-lamp-1.jpg


Read More...

BERMALAM DI PANGKOR

Aku bermalam di pangkor pada hari itu..yelah penat drive ke sana takkan nak balik terus ke shah alam..dah la aku memandu sikit punya carefull sebab aku ni jenis fobia dengan kelajuan.Jadi aku memang dah berniat hendak bermalam di sana..sambil menikmati permandangan malam disana....tapi hampanya kerana apabila malam nenjelang..owner chalet tempat aku menginap menasihati kami supaya tidak berjalan sendirian kerana jarang ada orang di pantai.Ini kerana kami datang bukan musim cuti sekolah.
Kalau musim cuti..ada banyak khemah-khemah dan pengunjung melepak dan membuat aktiviti seperti unggun api.tetapi jika bukan musimnya..pantai yang dipenuhi dengan manusia yang berkumpul sambil menjalankan aktiviti perkhemahan akan jadi sunyi sepi.Ini mengelakkan daripada berlaku insiden tak diingini seperti rompakan dan sebagainya..
Kami mengangguk faham dan biasalah...kami perempuan dan owner prihatin.mungkin beliau lebih maklum dengan kawasan kunjungan orang yang macam-macam dan tak dikenali.Kami akur dan duduk di kedai makan berhampiran chalet atau lebih tepatnya restoren chalet yang ada sambil menikmati sup panas dan angin malam yang damai....


MENANTI DI MUKA PINTU




          Kami balik ke chalet dalam pukul 11.00 malam..memang sunyi dan damai di luar dan boleh kedengaran desiran pukulan ombak masuk ke telinga kami.betapa dekatnya dan selesa tempat kami menginap dengan air pantai..aku membersihkan diri dan bersiap untuk tidur kerana badan memang sudah letih sejak dari sampai ke pangkor.

Cuma mindaku ..hatiku ingin melihat kecantikan pantai membuatkan aku masih berjaga dan mengagahkan diri.Aku baring di katil dan rakanku juga telah bersiap untuk melelapkan mata....seperti biasa...mesti dia dah dibuai mimpi dan aku masih terkebil-kebil mencari lenaku...biasalah aku ni kalau tempat baru memang susah nak lelapkan mata...Aku cuba melayan mengantukku sambil mata terpejam...dan akhirnya aku tertidur jua.....

Aku terasa aku bagaikan di alam mimpi dimana...aku nampak diriku masih di atas katil..tetapi yang mengejutkan aku...aku terlihat kelibat seseorang cuba memasuki bilik chalet kami tetapi dia tak dapat memasukinya dan hanya tercegat di pintu...
aku bertanya padanya...

"Siapa kah kamu? 

dan kenapa kamu nak masuk ke bilik kami?

Kami dah menempah bilik ini malam ini..kamu nak saya laporkan kepada pemilik chalet kah?
Tanya ku dengan keadaan berani-takut.

Aku terperanjat melihat pintu chalet kami terbuka dan beliau berdiri dimuka pintu tetapi hanya berdiri dengan wajahnya aku tak nampak(kerana malam dan lampu tidak dipasang).
hanya kelihatan seperti seorang lelaki muda dengan beg sandang masih selimpang di bahunya..kemudian beliau berlari diluar bilik dn  mengelilingi bilik kami...dan membuatkan aku sangat-sangat takut.

.setelah berpusing-pusing 2 kali..dia kembali tercegat di pintu yang terbuka  dan akhirnya dia bersuara....
" bilik ini saya punya dan kamu telah memasuki bilik saya....."
Aku terkaku beberapa saat.tak tahu apa yang harus ku katakan.Cuma aku tersebut .....
 
" bagaimana pula ?  "
Lantas lelaki itu bersuara..
" ini adalah bilik saya dan tempat tinggal saya ..".

Aku terkejut dan memberitahunya aku semasa aku memilih chalet ini..aku yakin dan pemilik chalet yang tawarkan bilik ini padaku kerana ianya kosong dan dekat dengan pantai..
Lalu lelaki itu menjawab...
" owh...saya hanya ada di waktu malam sahaja ada dan katil yang kamu tidur itu katil saya...saya memang akan datang dan tidur pada malam hari disini.Pemilik chalet memang tak tahu saya ada disini..saya dah lama di sini dan bilik ini rumah saya.."
Saya bertanya kembali...
" kamu pencuri?"....
yelah...bagaimana mungkin pemilik chalet tak tahu ada penyewa bilik atau pengunjung menyewa biliknya sedangkan semasa saya ambil kunci..saya yakin tiada barang orang lain disini?...
saya jadi semakin keliru bercampur resah dan sedikit marah kerana pemilik chalet tidak memeriksa dengan betul dan membuatkan saya menggunakan bilik orang lain yang masih ada.
tiba-tiba lelaki itu berkata...
" kamu tak perlu marah..pemilik tidak tahu saya menginap disini..." 
saya mencelah.
" Kenapa pula pemilik tidak tahu.. sedangkan kamu katakan bahawa kamu telah menginap disini dan ini katil kamu? 
 Saya minta maaf menyusahkan kamu dan mengambil bilik kamu ini..."

kataku dengan nada kesal.....
kami berdua diam dalam beberapa saat dan kemudian lelaki itu berkata..
" ada sebab pemilik tak tahu......."
Saya memandangnya...dan dia masih berada dimuka pintu..masih tak dapat melihat wajahnya kerana gelap malam dan dia berdiri membelakangi sinaran bulan.
Saya bertanya kembali..
" Kerana apa? "
Tiba-tiba lelaki itu bergerak sedikit ke belakang dan berkata kepada saya dengan nada suara yang lemah dan rendah...
" Sebab saya dah MATI......."
Aku ternganga.....

Aku terkaku..sambil aku berasa tak percaya tetapi tiba-tiba bulu romaku meremang..dan lelaki yang berdiri di muka pintu menghilang di depan mataku.Aku panik seketika..dan kedengaran bunyi tapak kaki berlari..pintu bilik terbuka dengan kuat sehingga kawanku yang sudah lena tadi terbangun dari tidurnya.

'eh..tak tutup pintu rapat ke?angin kuat?

Aku masih terkejut dan tidak menjawab pertanyaan rakanku.

'kau ni..bahaya tak tutup pintu elok-elok.nanti pencuri masuk bagaimana?
Tidurlah..esok kata nak jalan-jalan kat pantai..'

Katanya sambil bangun dan menutup pintu dan sambung kembali tidur.

Aku terus baring dan tarik selimut...perlahan-lahan ketakutan meresap ke dalam hatiku.Aku bercakap dengan orang ke..hantu tadi?
Sungguh-sungguh aku rasa meremang pada malam itu...


Read More...

KISAH TANGKAL HITAM.......PART 2

Maaf kawan-kawan sekalian..aku betul-betul lama tak update bloga aku nih..hampir setahun ku rasa..sebabnya aku dah tukar lagi tempat kerja...dan setiap kali aku ingin mengolah ayat...selalunya aku tak dapat mulakan dari mana...

Kehidupan aku sekarang...macam biasa..lebih baik sedikit dari tahun-tahun terdahulu..umur pun dan 32 tahun ketika aku sedang menaip sekarang..jadi aku pun cuba fokuskan apa yang perlu aku buat dalam hidup aku..

Tapi yang pastinya seperti posting aku yang lama...SUDAH TERLEPASKAH AKU...ATAU AKU TERLEPAS PANDANG....ternyata masih ada yang memburu aku hingga sekarang...



KISAH TANGKAL HITAM PART 2



                                                           ( gambar hiasan aje...)

Ingat tak aku pernah ceritakan dalam posting lepas mengenai tangkal hitam yang ku pakai ??
aku masih memakainya selepas bererapa tahun..jika tak silap aku memiliki tangkal hitam itu pada tahun 2003..dan aku masih pakai sehingga tahun 2008..

Pasti korang tertanya kenapa aku tak buang-buang tangkal itu sepanjang tempoh itu???takkan la aku memang percaya perkara-perkara tahyul lalu nak pakai sebagai perisai diri...

JAWAPANNYA.....

Takde daya dan solution aku dapat sepanjang tempoh itu..

korang ingat senang ke aku nak buang benda yang bagai menuntut jiwa aku untuk memakainya..yang sering memberikan harapan dan peringatan jika menyimpannya dan menghantui aku setiap masa???

Aku sering dihantui perasaan takut dan gelisah jika aku buka dan simpan di peti.Aku sering nampak kelibat-kelibat yang tak sepatutnya aku nampak..walaupun bukan jelas...kadang-kadang antara sedar dan jaga..cukup buat aku berpeluh...

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan..seperti fikiranku di"blocking" dari terus memikirkan bagaimana nak melepaskan diri...aku bagai dikuasai oleh tangkal hitam itu setiap saat...sepanjang waktu...

Kadang-kadang aku dapat merasakan bahawa jika aku memakai tangkal itu...makhluk-makhluk halus ini hanya menampakkan diri tetapi tidak dapat mendekati aku...aku terasa selamat seketika..
Aku tak berapa seram dan confident pada diri aku..aku seakan "terpelihara" dari ancaman makhluk lain yang cuba menganggu hidup aku...


BENDA YANG TIDAK DIJANGKA..


Setiap keselesaan pasti ada kesempitan..hatiku menjadi tak tenteram kerana kerap sangat melihat kelibat-kelibat.HARI-HARI......

Aku rasa...kalau orang lain boleh jadi gila dah..asyik seram..terkejut...takut...
tapi aku tak begitu..semua rasa itu ada...tapi macam UNDER CONTROLL ..aku sendiri terasa pelik..ke..aku pun sebenarnya dah tak betul juga...

PERCUTIAN DI PANGKOR


Pada satu masa aku mohon cuti dan berjalan-jalan di pulau pangkor...



Aku mengambil keputusan untuk memandu dari klang hingga ke Lumut..

Sampai di Jeti Lumut...Aku menaiki feri pergi ke Pulau...cantiknya aku lihat lautan yang terbentang berwarna kebiruan..bestnya..hehehe..

Aku sampai sahaja di sambut dengan pertanyaan ..hendak pergi ke mana..Aku tak pasti cuba bertanya manakah tempat yang sesuai untuk aku mandi?? dan tour guard kat situ menyebut,,pergilah ke teluk nipah..airnya bersih dan dekat dengan chalet..

Aku menyewa motor supaya senang berjalan-jalan sekitar pulau..motor yang ku dapat..alahai..lambat pick-up -nya..sewa dikenakan rm30 sehari.Aku tak kisahlah..masih ada dalam budget aku lagi..

Aku dapat chalet bertentang pantai..murah aje dalam rm50..aku dah lupa nama chalet tu..tapi hatiku senang sekali sebab aku dapat melupakan seketika masalah aku dengan menghirup udara segar di pangkor...


NIAT TERSIRAT...


Setelah aku letak semua barang-barang aku di chalet..aku menukar pakaian untuk mandi..yeyey..
Aku cecahkan jari kakiku di air...cuba merasa kesejukkannya..
Aku menundukkan kepala ku dan mencedok air laut dan ku curahkan ke kepala ku sambil berniat di dalam hatiku....

"YA ALLAH..
  HILANGKAN KEDUKAANKU..
  HAPUSKAN MASALAHKU..
  BUANGKAN JAUH-JAUH JIKA ADA JIN ATAU MAKHLUK YANG MENGIKUTKU.."

Aku merendamkan badanku ke dalam air.Mengambil masa merehatkan diri..
Ombak beralun perlahan membuai tubuhku..aku masih lagi digigi pantai sambil duduk membiarkan 
diriku dipukul ombak...
Damai hatiku...

Tiba-tiba...........................



Hatiku terus teringat tangkal hitam!!

Aku meraba-rabadi leherku..aku check jika terkena air atau tidak..nampaknya balutan plastik masihutuh maka tak terusik /basah dek air.Aku tenang kembali.mengikut irama ombak...aku hanya berani duduk berdekatan sahaja memandangkan aku tak pandai berenang...

Sesekali aku menoleh kiri kanan melihat pengunjung lain yang mandi di kawasan berdekatan..aku tak takut jika ada kecemasan memandangkan ramai juga yang ada bersama denganku.Hari pun masih cerah dan baru pukul 4 petang.

Tiba-tiba aku terfikir sejenak...kenapa aku tak mengambil kesempatan ini untuk membuang tangkl hitam itu..kan orng dulu-dulu sering membuang barang-barang berkaitan mistik ke laut..
Aku terfikir-fikir..sambil menarik nafas...Aku buka tangkal perlahan-lahan.

Memejamkan mataku sambil berniat.."aku buangkaujauh dariku...pergilah ikut lautan yang luas ini.."

Aku bergerak ke dalam laut sedikit..sehingga ke paras pinggang.Air laut seakan tenang menunggu reaksi dariku.Aku mengenggam erat dan .....

Sekuat-kuat hati aku lemparkan ke tengah lautan luas..aku kan pichter softball peringkat daerah..maka aku gunakan segala kudrat aku membaling dengan sepenuh hati..tenaga sehingga aku nampak ia melayang jauh sekali dan tenggelam di lautan yang luas.....

Suasana tenang seketika...Aku segera bergerak menuju ke pantai secepat mungkin..Sampai sahaja aku di gigi pantai...pantas aku cuba berlari menuju ke  Chalet..tetapi aku tersentak !!
Ombak yang kuat mencengkam kakiku ..membuat aku terhoyong hayang dan jatuh ke dalam air..terkejut aku..

dan mukaku pucat apabila aku ternampak tangkal hitam di pasir di depan aku ..tidak jauh...
aku tersentak.Alamakkk !!! bagaimana.....

Aku tidak dapat meneruskan hajat nakberlari...aku kutip tangkal hitam dan sarungkan kembali keleher ku...aku membisu seribu bahasa...

PANGKOR TAK TERIMA NIAT AKU...
UNTUK MEMBUANGNYA DI SANA...















Read More...