xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: TAMAN PERMAINAN

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

TAMAN PERMAINAN

Dikawasan yang sama juga ada sebuah taman permainan yang ada menyimpan kisah tersendiri.Apa yang cuba ku jelaskan disini ialah tempat yang ku katakan ini memang ada!beranikah anda pergi kalau saya nyatakan tempat ini masih utuh dan sepeti dijaga? cubalah anda intai-intai dimana letaknya lokasi tempat yang bakal saya ceritakan disini... Sejak kecil lagi kami dimomokkan dengan kisah seram dikawasan yang ku katakan.Tetapi kisah itu dibuat supaya aku dan adik-adikku tidak pulang lewat bila nak dekat waktu maghrib.Tetapi sebenarnya memang ada sesuatu yang menjadikan cerita rekaan orang-orangtua itu menjadi benar.Kawasan yang ku ceritakan ini sejarahnya adalah sebuah penempatan komunis dan kawasan hutan.Keadaan yang berbukit dan menghijau serta nyaman melenyapkan status keseramannya.Aku sendiri sehingga sekarang masih rindu dengan kawasan itu.

Tetapi pada zaman aku kecil,mana ada kamera digital atau handphone yang boleh download gambar terus ke komputer.Kalau tak bole gak aku menayang tempat-tempat yang ku ceritakan disini. Kisahnya apabila ada seorang budak perempuan bermain dibuaian kawasan permainan itu yang dikatakan telah tersangkut selepas terjatuh pada palang bertingkat yang selalunya didaki untuk sampai ke atas.Kepalanya terhantuk pada palang dan jatuh ke bawah dan mengalami pendarahan yang teruk.Budak perempuan itu dibawa ke hospital tetapi telah meninggal dunia.
sejak itu dikatakan bermula kisah yang menyeramkan.kanak-kanak yang bermain disitu dikatakan ditolak dengan kuat apabila bermain buaian,roda mainan dipusing dan tidak boleh berhenti sampai ada satu ketika tiada siapa pun yang berani bermain dikawasan permainan itu.
kawasan permainan itu berdekatan dengan surau.Penduduk disutu mengadakan mesyuarat berhubung dengan keadaan itu.Ibu bapa budak perempuan itu juga dipanggil untuk menyelesaikan masalh yang melanda.Keadaan sedih menyelubungi apabila bapa kanak-kanak itu menyatakan dia bermimpi anaknya masih berlumuran darah dan merayau-rayau mencari kawan-kawan untuk diajak bermain.Tak hairanlah ada beberapa kanak-kanak perempuan hilang dan dijumpai di kawasan belukar berhampiran. keputusan diputuskan dan seorang ustaz mempelawa dirinya untuk menyelesaikan masalah ini. Ustaz itu mengajak ibu bapa budak prempuan itu mengikut kemanakah roh budak perempuan itu dilihat.... Ustaz itu bertanya kepada kanak-kanak yang pernah hilang dulu dimanakah kali terakhir dia melihat budak perempuan itu.Budak itu membawa ustaz ke satu rumpun pokok.

Rumpun pokok yang dimaksudkan bukanlah satu pohon yang menakutkan atau menyeramkan.Ia hanyalah pokok serai yang kelihatan subur dan banyak kuantitinya.Ustaz itu merenung dan membacakan sepotong ayat dari al-Quran.

Ustaz tadi memejamkan matanya dan masih lagi meneruskan bacaan.Kami masih berdiri kaku dan hanya melihat rumpun pokok terbabit tanpa berkedip.Bimbang jika ada berlaku luar biasa,kami dapat meyaksikan dengan mata kepala sendiri.Ustaz itu menuju dekat ke rumpun dan menguak daun dengan berhati-hati.Dia mengutip sesuatu di dalam rumpun..

Kami semua menjadi suspens.Apakah yang Ustaz itu temui didalam rumpun itu??

Kemudian ustaz tadi berpaling dan memegang seutas rantai lalu menyerahkan kepada ibu bapa budak terbabit.Ibu bapa budak tadi mengamati rantai tangan tadi sambil terperanjat.

Mereka terdiam tunduk.Ustaz bersuara dengan lembut sambil memandang mereka berdua..

‘ kamu hendak jelaskan sendiri atau saya yang tolong beritahu bagi pihak kamu?? “

Kami masih dalam keadaan keliru.Tak paham langsung apa yang Ustaz itu maksudkan atau tujukan.Ada sesuatu rahsiakah yang disembunyikan oleh ibu-bapa arwah terbabit??

Mereka masih membisu dan akhirnya bapa mereka bersuara…

‘ saya yang meletakkan rantai itu disana dan tidak suka budak-budak lain berkeliaran ,bermain dan bergurau senda dengan gembira disini sedangkan kami amat terasa kehilangan anak kami. ‘ suaranya sedikit keras.

Kami semua terperanjat.Apakah maksud bapa budak itu..

Akhirnya bapa itu bercerita serba sedikit kejadian sebenar menimpa anak perempuan kesayangannya.

Semasa anak perempuannya bermain di taman itu,bapanya ada tak jauh dari taman,sedang berbual kosong dengan jiran di seberang jalan.Ini bukan kali pertama dia membawa anaknya itu.Sejak dari lahir hingga waktu itu anaknya memang gemar sekali bermain buaian ,jongkang-jongket, kerusi pusing dan palang bertingkat.Tapi pada hari itu hatinya kurang senang.Sekejap-sekejap dia menoleh kea rah anaknya yang sedari tadi asyik memanjat palang bertingkat.Dia tak risau pun tentang itu kerana anaknya memang mahir memanjat walaupun perempuan.Lagipun ramai yang memanjat sambil menyanyi riang ( termasuklah aku…heheh …)

Tiba tiba dia terdengar jeritan budak bagaikan terperanjat.Cepat-cepat menoleh tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya telah terbaring di taman.Dengan cepat dia bingkas bangun dan menerpa ke seberang dan berlari ka anak perempuannya.Budak yang memanjat di palang bertingkat semuanya telah turun dan mengerumuninya dan memanggil nama anknya itu..Bapa budak itu terus menolak mereka untuk melihat dan memangku anaknya.Darah mengalir di kepalanya.Bapanya bertanya kepada semua budak yang bermain di taman itu tetapi tidak seorang pun berani nak berkata apa kerana tergamam dan terlalu terkejut

Sambil berlari sambil mendukung anaknya yang pengsan,terus menjerit meminta tolong kearah jiran tadi untuk membawa anaknya ke klinik berhampiran tetapi segalanya telah terlambat…