xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: KISAH 1 : HOSTEL PERTAMA

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

KISAH 1 : HOSTEL PERTAMA

Setelah aku berhenti kerja di Fast food yang terletak di Klang ...aku cuba nasib di fast food jugak ( sebab aku memang suka dalam bidang ini ) tetapi dalam masakan yang berbeza.kami menyediakan masakan berasaskan nasi ayam , ayam percik , ayam....ayam...ayam dan segala ayam - ayam-man la...

aku mula di ajar cara memasak dan memotong sayur-sayuran.Di restaurant ini kami diajar menggunakan bahan-bahan yang segar dan ini memaksa aku mengasah skill aku dalam masak memasak nih.

Aku dihantar training bersama dengan dua kawanku yang juga dari tempat kerja lama dan kami bersetuju untuk kerja disitu kerana branch yang baru akan dibuka sederet dari tempat kerja lama.Mudahlah kami untuk kerja disitu kerana dah terbiasa dengan keadaan yang lama.Lagipun kawan-kawan aku juga taknak berulang alik walaupun ditawarkan tempat kerja dan jawatan yang tinggi.Sebabnya????...sebabnya kerana tempat restaurant baru pindah itu susah nak dapat kenderaan awam.

Kami bertiga , aku , Zue dan Kakyu berkemas barang dari hostel lama...sebab dah tutupkan hostel tuh...dan menumpang di rumah sewa kawan.Bila kami dapat kerja baru dan disuruh training di Pusat bandar Damansara..seronoknya rasa dapat pergi jauh merantau...(walaupun taklah jauh mana )........

Kami sampai ke pusat bandar dan pagi itu terus menuju ke tempat kerja keesokkan...hari pertama kerja biasalah..tengok orang dan memerhatikan kerja orang lain dahulu..selepas balik dari kerja kami singgah makan di warung mamak.Aku dan KakYu dan Zue mencari lokasi rumah @ hostel pekerja.Nasib kami baik sebab manager restaurant nak hantar sampai ke depan pintu....dan ersergamlah depan mata aku rumah teres dua tingkat dengan binaan yang popular pada tahun 1980an...rumah lama...nampak kukuh tetapi usang..aku dan zue masih tercegat tetapi kakyu dengan selambanya melangkah dengan lajunya menuju ke pintu....

" assalamualaikum..." kata kakyu...
sunyi suasana....

dan kemudian terdengar ada tapak kaki menuju ke pintu.Rupanya pekerja warga indonesia ,Agnes namanya..( aku boleh ingat sebab namanye sama dengar nama artis popular..agnes monica).Umurnya baru 16 tahun dan manis orangnya..dia tolong bukakkan pintu untuk kami.

Aku masih sangsi kemanakah arah tujuanku..nak bergerak ke kiri kanan bagaikan serba salah..berdirilah macam patung ditengah-tengah rumah.KakYu terus bertanyakan dimana kami boleh letakkan barang kami untuk berehat...Agnes menunjukkan satu bilik kosong..bukan kosong kerana tiada penghuni tetapi kakak tue offday selama dua hari.Buat sementara ini aku dan kakyu bolehlah berehat didalamnya...


aku meninjau keadaan bilik tersebut.Takde pape yang istemewa pun.hanya yang ada adalah kerusi ,katil meja solek dan bewberapa helai pakaian kerja yang digantung.Aku terus membentangkan toto untuk baring..borak punya borak aku pun mula rasa mengantuk........

Aku terdiam seketika..dan rupanya kakyu pun dah tertidur dengan lenanya..
Keesokkan harinya aku masuk kerja lewat.Bukan aku saja nak lewat tetapi aku masuk shift petang iaitu masuk pukul 3 petang balik pukul 11 malam.
kami melihat malam sunyi sepi di sana.Bukan apa..tempat aku ini kawasan office jadi malam perasaan lain kerana semua orang dah hilang....sunyi dan lengang aje...pada waktu itu pun bukan ada kfc ke..mcdonald ke bukak 24 jam.Habis kerja,ada van yang menunggu untuk menghantar kami pulang.Aku sempat jugak mencedok nasi yang lebih dalam kedai ( nasi tomato je dapat amik sikit sebab aku yang masak ) untuk makan malam...
Aku naik tengok tv sambil makan nasi tamato,berborak sekejap dengan kakyu...kemudian apabila masing-masing mengantuk,kami naik ke atas untuk tidur.Seingat aku..aku dengan kakyu dan bersantai-santai dan aku juga dah masuk dalam fasa alam mimpi...tiba-tiba kakyu mengjutkan aku dah cakap padaku bahawa pakwe dia datang dan sedang menungu dibawah.Dia pun tidak tahu kerana pakwe dia ingin membuat kejutan.

Aku meminta kakyu jangan menutup pintu bilik dengan rapat kerana aku tak mahu tidur dalam keadaan yang terlalu gelap.Aku dapat melihat separa sedar yang kakyu telah meghalang pintu dari tertutup dan membiarkannya ternganga separuh menggunakan "door stopper".dan tapak kakinya menuruni tangga boleh didengar.

Mataku kembali berat dan aku hampir terlena..tiba-tiba aku merasakan suasana bilik bagaikan bertukar suasananya.Aku ingat pada mulanya aku bagaikan bermimpi.aku bagai terasa segala perabot,barangan didalam bilik bergerak dan beubah secara perlahan-lahan.Diatas kepala aku ada sebuah meja dan diatsnya terdapat radio .......