xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: SETIAP MALAM ITU....

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

SETIAP MALAM ITU....

SETIAP MALAM ITU



Aku hampir sahaja ingin kembali ke rumah Pakcik M dan memintanya memberikan penjelasan mengenai perbualan pendek di penghujung ketika aku dan rakan-rakan ingin berangkat pulang...aku ingin sahaja menyuruh mereka berpatah balik untuk aku tetapi..huh..jangan haraplah...mesti diorang tak mahu punya..semuanya nampak aje brutal tapi penakut sebenarnya..(termasuk aku) ...

Sampai dirumah, rakan-rakan aku tadi semuanya mengambil selimut dan berbaring di ruang tamu kerana masih ketakutan melihat insiden di rumah Pakcik M.Kami masih bersembang pasal kejadian itu dan berharap Watie tidak membalas dendam dan cuma menghindarkan diri sahaja dan memerhatikan sekeliling jika ada yang berlainann dari biasa dilihat.Setelah tiada cerita nak dikongsi tambahan pula takut jugak perasaan masing-masing jika Amy kembali seperti tadi,baik jiklaau mereka semua tidur dan yang paling awal tidur adalah Amy.mungkin sebab dah puas menangis dan mengamuk..jadi penatlah tuh..yang lain juga sudah terlelap...kecuali aku....

Aku masih teringat kata-kata pakcik M.aku rasa samar-samar..siapakah yang mendampingi aku.Setahu aku keturunan aku takder yang "bela" atau "membela" ini.Aku menghela nafas..takde jawapan dan akhirnya aku terlelap juga walaupun dalam satu jam jugaklah aku terkelip-kelip memandang siling.....

Setiap malam aku susah sangat nak tidur.nak kata aku nih ade insomania takder pulak tanda-tanda begitu.Walaupun badan penat sangat seharian kerja tetapi bila letakkan kepalaku dibantal....mesti aku tak terus tidur.Dalam fikiran aku menerawang memikirkan segala yang berlaku siang tadi..semalam atau apa yang nak dibuat pada esok hari.....

Aku mengiring ke kanan dan memejamkan mataku.Aku hampir terlena apabila aku terasa ada lembaga bersidai di tirai katil...lembaga yang serba hitam itu terasa amat besar dan berbulu...yang cuba menghampiri aku..aku berpeluh dan cuba membaca ayatul kursi tetapi tunggang langgang..aku terasa lembaga hitam itu menarik kaki aku.Aku meronta-ronta dan dan cuba menjerit tetapi suaraku tidak sampai ke kerongkong aku.....sesak nafas aku dengan aura yang menyelubungi aku dan menjadikan aku terasa sekeliling aku gelap...Aku cuba melepaskan diri dan akhirnya berjaya..habis bajuku dibasahi peluh dingin.Anehnya kerana rakan aku semuanya bagaikan tidur mati....aku masih duduk di katil tidak berani untuk lena kembali..aku membuka lampu mejaku dan memerhatikan sekeliling..adakah halusinasi aku kerana aku terlalu penat atau memang ada lembaga hitam yang menganggu aku???

Dalam pukul 5 barulah aku terlelap...bangun pagi itu terasa sangat sengal otot-otot aku nih.Tak larat nak bangun pun ada.Mata ini bagaikan nak melekat dan tak mau buka...Aku terbangun apabila rakan aku menjerit kearahku dan menyuruhku mandi..Aduii...kacau aje la diorang nih...

Aku terasa malas dan kepalaku sakit.Aku mengambil cuti sakit pada hari itu.Selepas keluar dari klinik,mata aku melilau mencari kedai makan..kepala yang sakit tu bukannya boleh mengeyangkan perutku yang lapar nih..makin sakit lagi adalah.Baik aku perg cari teh terik untuk diminum...lagipun dapat M.C nih bukannya boleh merayau sesuka hati..sekali kawan bos...sedara bos atau bos sendiri nampak..naya aku...diorang nih kadang-kadang bukan percaya kita sakit pun melainkan kita tergolek , berlumuran darah atau senang cakap dah mati depan bijik mata dia...baru nak percaya...huh...

Aku mengambil keputusan balik rumah sambung tidur yang tak lena...Aku kwembali ke kereta aku..memulas kunci dan mula bergerak perlahan keluar dari parking..sambil menyusuri jalan yang lurus aku membelok menuju ke perpustakaan klang.Aku parking di belakang dan berjalan ke restoren mamak dahulu.Aku tiba-tiba teringin sangat nak masuk perpustakaan bangunan lama itu.....

Selepas makan...dengan langkah perlahan dan teragak-agak aku masuk..mencari tempat letak beg..aku terasa asing ( nampak sangat aku nih dah lama gile aku tak masuk perpustakaan).Aku menuju ke ruangan buku sains fiksyen..mengambil buku mengenai bintang dan angkasa lepas.Apabila aku bosan..aku pergi pula ke bahagian agama.Aku membelek satu persatu buku yang tersusun rapi dan kelihatan lama(kerana warna kulit dan bahagian dalam sudah kekuningan.. )