xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: PENGERTIAN MAKHLUK HALUS

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

PENGERTIAN MAKHLUK HALUS

MAKHLUK HALUS MENGIKUT ALQURAN DAN SUNNAH

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib.Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t.

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya
begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan
diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan penerangan khusus mengenainya. Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti,menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A'raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain. Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akanmenggoda manusia dari setiap penjuru.Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan Makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia.

Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan demikian, kita seharusnya memahami bahawa manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang) yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atau berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus
tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi...