xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: PANGSAPURI BARU DIPENUHI JERITAN...

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

PANGSAPURI BARU DIPENUHI JERITAN...

Aku bertukar kerja dan terjun ke arena perkilangan pula...masa tu macam tak boleh fikir nak kerja apa selepas aku berhenti dari kerja makanan segera tu.aku beli suratkhabar dan mencari kerja yang sesuai tetapi malang ye keyakinan aku sangat lah rendah.MAsakan tidak...minta kerja kerani pun aku tak berani.Aku bagai hilang "ilmu" pula untuk buat kerja-kerja yang memerlukan aku menaip dan mengadap komputer.

Kadang-kadang aku terasa aku seperti SPONGE Bob squarepant  :-))



kerja aku macam tu la...masak burger burger burger...huu....

terpaksalah aku mengadap ruangan kerja kilang-kilang (operator)







(CONTOH IKLAN YANG SERING AKU LIHAT MASA MUDE-MUDE DULU...)

Aku pun pergilah dengan ditemani 2 orang kawan aku untuk menghadiri temuduga terbuka yang diadakan dikilang.Masa aku datang tu aku naik bas dan turun di tepi highway sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan "free trade zone".Nasib kami baik bukan sebab kami aje yang minta kerja..ramai jugak yang berjalan beramai-ramai atau berkumpulan untuk menuju tempat yang sama.

Dihadapan kami terbentang kain rentang yang bertulis TEMUDUGA TERBUKA..




Aku dengan kawan aku ragu-ragu dan bagaikan anak ayam hilang emak mencari jalan masuk ke dalam.Pengawal pintu bagaikan tahu niat kami dan menunjukkan arah yang sepatutnya kami melangkah...

Macam biasa kalau kita pergi mana-mana temuduga pun..isi borang resume ada kuiz sikit(matematik) dan kemudian tunggu result pass ke lulus ...ramai aku tengok tergaru-garu kepala menjawab soalan bahagi tambah campur tolak yang diberi.Tergelak besar aku bila kawan aku kata dia dah jadi bodoh pula , sampai tolak pun dah tak reti nak kira...aku faham la..datang nak minta keje bukan nak belajar mengira..mati kutu kawan tu.Habis semua jari tangan kaki masuk..nervous la tu tengok banyak number..padahal sekolah dah lepas SPM , STPM...diploma..huu...

dah dekat setengah jam habis periksa ( hahha )...kami tunggu result...aku dan kawan-kawan terpilih la.walaupun kerja operator..kerja mulia jugak apa sebab cari duit sendiri tak minta mak ayah..cari pengalaman dulu kan.aku jadi hairan pula boleh katakan 70 % semua terpilih..abis tu nape buat soalan yang suruh kitaorang jawab?? ( macam nada tak puas hati kan... ) takkan la semua orang kat situ terrer..???

sebenarnya...diorang menilai nak letak stesen mana aje..apalah susahkan kepala aku nak fikir jawapan kat kertas tadi.sebenarnya sangat senang soalan dia tu ..tahap budak sekolah rendah. tapi bila kita jarang tengok baca buat latihan ...tu yang "hang" kejap otak ni.

aku dapat apartment baru dekat lokasi Jalan kelang Lama..cantik ...bau cat lagi...semua blok sangat baru.

( gambar hiasan aje )

Kami dapat apartment blok G berdekatan dengan pintu pagar apartment.Dalam rumah sangat besar dan luas.Kami meletakkan barang masing - masing setelah penat round satu kilang tadi.Masing-masing juga memilih bilik untuk berehat dan dalam rumah tu ada 3 bilik dan satu master room.Memandang kan rumah masih ksong maka semuanya hanya letak barang peribadi sahaja di penjuru bilik.Aku memilih untuklepak di bilik master room.

Tetiba loceng pintu berbunyi..rakan baru ku kenali di kilang tadi dan dapat pula sama-sama rumah ini membuka pintu.Rupanya Encik Sham yang datang.Dia adalah agent syarikat ( sebab aku didaftarkan melalui agent ini dan mereka menguruskan semua pekerja dibawah merek).

encik Sham membawa tilam baru untuk diletakkan di dalam bilik kami.dia hanya dapat menyediakan 6 tilam sahaja dan selebihnya akan dihantar kemudian.Masing-masing berebut nak tilam terbaik.kami di minta berehat secukupnya kerana esok kami harus menunggu bas seawal pukul 5.oo pagi...
masing-masing mula mengeluh...awalnyaa,,

malam pertama aku tidak dapat melelapkan mata..biasa la tempat baru...aku pun bukan jenis senang tidur dimana-mana..mungkij malam 2 atau 3 baru boleh pejam..

MIMPI ANEH MALAM PERTAMA

aku terasa sangat penat tapi mataku masih degil untuk tertutup.Cuaca luar agak dingin tetapi dalam apartment ku rasakan panas.Mujur ada kipas siling berputar ligat mengalihkan bahang didalam bilik.Malam makin sunyi apabila semuanya sedang dibuai mimpi indah....

aku akhirnya tewas dengan kepenatan sendiri setelah beberapa jam terjaga..
aku bermimpi aku sedang berada di bilik yang sama...