xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: SUDAH TERLEPASKAH AKU...ATAU AKU TERLEPAS PANDANG ???

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

SUDAH TERLEPASKAH AKU...ATAU AKU TERLEPAS PANDANG ???

Aku cuba menghindari dari apa-apa cobaan diri atau gangguan yang melanda hidup aku.
dengan menukar kerjaya..menukar attitude juga termasuklah menukar nama panggilan biasa kepada yang lain.itu semua ku lakukan untuk cuba mengubati hatiku sendiri.

Aku menyusuri jalan dengan langkah yang perlahan.di stesen bas klang dan pada tahun 2003...banyak lagi peduduk tempatan menggunakan perkhidmatan bas untuk kemana-mana.(walaupun aku pun tak perasan siapa tempatan atau bukan) hahaha..saja aku duduk di perhentian bas lama sedikit dari biasa dan melihat
orang yang lalu lalang dan hiruk piruk di depan ku.Jam menunjukkan pukul 8 malam..aku masih menunggu..
bas dah berpusu-pusu keluar masuk mengambil penumpang tetapi aku tetap tidak berganjak..

Konduktor bas telah berkali-kali bertanya dan menjerit di depan ku mempromosikan lokasi bas mereka tetapi aku tak ambil pusing.bagiku..aku hanya bersantai seketika..walaupun bau asap tidak menyenangkan ku...Aku terperasan ada seseorang sedang memerhatikan aku.Sedari tadi dia asyik duduk dan menoleh padaku.Aku mengira di dalam hatiku..jika 10 minit masih disitu ...aku akan segera beredar..bukan apa..langkah keselamatan..sebab banyakkan kejadian jenayah berlaku.

Masa berlalu 10 minit..Sah ...orang itu memerhatikan aku.Aku segera beredar dan lalu dihadapannya untuk memastikan adakah telahan aku benar.Ya...dia nampak terkejut dengan keputusanku beredar.Aku segera menyelinap di sebalik orang dan ku lihat dia bangun dan cuba melangkah pergi.Aku tak peduli ...caranya menakutkan aku.Aku jalan dengan pantas dan menuju ke mydin klang.Aku masuk ke pasaraya tu dan cuba membelek-belek barang yang ada.Ku lihat dia ( orang yang memerhati ku di stesen bas tadi) masuk ke mydn juga.Aku berfikir ligat dan cuba buat-buat mengambil air dan meuju ke tempat lain.Orang itu juga cuba-cuba mencari barang..




Silaplah dia..aku terus ke kaunter yang kosong dan membayar air minumanku.aku keluar dengan pantas dan sempat ku lihat dia menoleh terkejut.Aku menuju ke stesen bas kembali dan bila ku pasti sudah jauh..ku berlari ke keretaku di seberang jalan.

Bila aku dah naik dan memandu kereta ku..kulihat dia sedang ternganga melihat aku didalam kereta yang bergerak!! apa...ko ingat aku takde kete ke ingat aku naik bas ke...hahaahaa....
tapi kejadian itu tetap mengecutkan hati aku seketika....

DI DALAM PERJALANAN...

Aku memandu ke shah alam..menghala kerumahku.spoil betul la.Aku baru nak duduk merenung nasib ade je menganggu hatiku.Aku park keretaku di depan blok rumah.Aku takde mood nak naik cepat.Aku lepak di dalam kereta sambil minum air yang tak terlintas untukku beli.

Fikiranku melayang ke hujung jalan..aku masih rasa gerun dengan kejadian tadi.Aku cuba buat-buat tenang dan memejamkan mata.Aku terasa ingin mengambil angin di luar...

Aku kunci kereta ku dan berjalan ke blok dan duduk di tepi longkang.tapi hatiku tetap rasa tak tenang...
Ada perasan yang tak enak menyelinap.Kenapa aku begini?

Aku cuba membaca surah Al-fatihah,ayat kursi dan macam-macam lagi yang ku tahu..tetapi semuanya buat aku jadi gugup.Aku memandang kiri kanan..dan baru ku teringat ingin melihat jam tanganku..jam telah menunjukkan pukul 1.00 pagi.

KERANA TANGKAL ITU..

Aku memegang sesuatu yang tergantung dileher aku.sudah 3 tahun aku memakainya...apa yang aku dapat?

pendinding diri?
perlindung dari hantu syaitan?
kehebatan?
pengasih..buat orang sayang padaku??

huh..aku benci semua itu..apa yang kudapat? takde!!!!

Aku genggam erat tangkal hitam itu.Aku rasa sangat menyesal dan rasa ingin melemparkannya jauh dari sini.tetapi aku tak boleh melakukannya.Mak yang suruh aku memakainya..buat pendinding diri.
Jangan terkena air sahaja syaratnya.Sebab itu tangkai itu terbalut kemas dengan pastik.

Tangkal Hitam..dan tidak ku tahu apa isi dalamnya..Aku terpaksa membayar rm60 untuk barang ini,tangkal ini.Semuanya kerana ingin baik dari gangguan..Tapi....apakah aku sudah terlepas dari semua nya???

Aku terasa aku ingin mencabut dari leherku..tapi terasa tak berani..
Aku nekad cuba mengeluarkan dari leher ini dan memegangnya sahaja..ku letakkan tangkal itu di beg sandangku yang ku sandarkan di tepi dinding.5 minit ku rasakan jiwaku tenang....damai...

TETAPI HANYA 5 MINIT........

jiwaku gerun kembali...terasa aura gelap menyelubungiku...terasa suasana di tempatku duduk seakan bergoyang..aku terasa gugup...jantungku berkerja keras..aku berpeluh.....

Terasa sekali lagi keresahan.Aku masih tiada ketenteraman..Ya Allah..kenapa aku terasa sangat gelisah nie..aku bangun dan menyandang beg menuju ke keretaku.Aku membuka pintu dan lantas duduk di dalam kereta...cuba memejamkan mata sambil kumat kamit membaca ayat kursi.Aku taknak mengalah pada hal-hal begini...semakin ku baca semakin aku jadi tak menentu sehingga aku rasakan aku sudah terlupa mana hujung mana pangkal bacaan ayat kursi.

Lama-kelamaan aku terasa meremang sendiri.Aku ambil keputusan mengambil kembali tangkal aku dan ku sarung kembali ke leherku..aku pejamkan mata...dengupan jantungku menurun..

terasa tenang..

Tetapi baguskah rasa ketenangan itu????

Aku sangsi sendiri..yang pasti aku harus cari jalan bagaimana harusku buang tangkal hitam ini..
Aku keluar dan menutup pintu kereta balik ke rumah.malam makin larut..aku tak mahu lagi benda-benda pelik ikut aku....